Jika Barang Hilang Atau Tersalah Letak, BACALAH Ayat Ini..

Jika Barang Hilang Atau Tersalah Letak, BACALAH Ayat Ini..

Kehilangan barang berharga tentu membuat gusar. Entah hilang kerana lupa atau mungkin hilang kerana dicuri. Mungkin barang itu adalah sesuatu yang sangat berharga seperti perhiasan emas berlian, kereta, motor, atau wang.

Segala cara dan usaha pasti akan ditempuh untuk menemukan atau mengembalikan barang yang hilang yang mungkin dicuri itu.

Sayangnya banyak yang berjumpa bomoh untuk mengembalikan barang yang hilang tersebut. Padahal ada Allah tempat kita mengadukan permasalahan kita. Allah Maha Kuasa untuk mengembalikan sesuatu yang hilang.


Gambar Sekadar Hiasan

Jadi untuk mendapatkan kembali barang yang telah hilang atau dicuri oleh pencuri, anda boleh mengamalkan amalan doa di bawah ini :

1. Anda harus mengetahui barang yang telah dicuri oleh si pencuri.

2. Setelah anda mengetahui barang yang dicuri, barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali.

3. Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, baca surah al-Ikhlas (Qulhu Allahu Ahad) sebanyak 7 kali.

4. Baca shalawat Nabi 7 kali.

5. Baca YA ALLAH sebanyak 3 kali.

6. Bacakan asmaul khusna YA HAFIIDHU sebanyak 119 kali.

7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa :

“ Ya Tuhanku, aku mohon supaya dikembalikan barang (Nama barang yang hilang) yang telah dicuri secepat mungkin ”.

Setelah anda lakukan mengikuti cara-cara yang diterangkan diatas, mudah-mudahan dengan izin Allah, anda akan mendapat kembali barang yang telah dicuri.

Tambahan doa lagi yang boleh anda baca :

اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا

ALLAHUMMA AJIRNI FII MUSIIBATII WAKHLUFNI KHOIRAN MINHA

” Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya.. ”

Itulah doa yang boleh anda panjatkan untuk mengembalikan barang yang dicuri atau hilang. Jangan sesekali pergi berjumpa bomoh, kerana Allah sahajalah tempat kita memohon doa dan petunjuk.


Gambar Sekadar Hiasan

Silakan SHARE Dan Semoga bermanfaat.

Sumber : doa-id.blogspot.my / Dikemaskini oleh Berita Kopak & Ciungwanara