Wahai Isteri, Jadikan Suamimu Sebagai Jalanmu ke Syurga. Siapa Pun Dia, Itulah Yang Allah Telah Tetapkan Sebagai Jodoh Untuk Mu…

Wahai Isteri, Jadikan Suamimu Sebagai Jalanmu ke Syurga. Siapa Pun Dia, Itulah Yang Allah Telah Tetapkan Sebagai Jodoh Untuk Mu…

SYURGA SEORANG ISTERI

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritiikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan em0si dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindakan kita yang meluk4i hati suami– sengaja atau tak sengaja.

Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun kebur0kan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerum0skan perempuan ke ner4k4. Allah.. betapa ngeerinya!


Gambar Sekadar Hiasan

Banyak-Banyakkan Mohon Maaf Dari Suami

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang áibnya pada sesiapa..

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.


Gambar Sekadar Hiasan

Pandang Muka Suami

Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikm4t.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan eg0 kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.


Gambar Sekadar Hiasan

Hebatnya Redha Suami

Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia m4ti dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya.

Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Amin. Amin.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan Share Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : #bondanur / Disusun Oleh Ciungwanara Dan Berita Kopak