“Biarlah Aku Sahaja Yang Kelaparan, Asalkan Anak-anakku Dapat berk0ngsi Makanan…”

“Biarlah Aku Sahaja Yang Kelaparan, Asalkan Anak-anakku Dapat berk0ngsi Makanan…”

Anjing walaupun makhluk yang tidak boleh untuk berfikir seperti manusia tetapi adalah makhluk yang mempunyai perasaan sama seperti manusia. Ia adalah haiwan yang penyayang dan setia kepada tuannya. Selain itu perasaan sayang dan bertanggungjawab anjing kepada anak-anaknya juga seperti manusia menyayangi anak mereka.

Sebuah video yaang dimuatnaik oleh Instagram @makassar _iinfo, menunjukkan seorang lelaki yang memberi makanan kepada seekor anjing dewasa. Selepas diberi makanan itu dia melihat anjing itu tidak memakannya terus. Anjing itu hanya mengonggong sahaja makanan dan terus berlalu.

Perasaan ingin tahu membuatkan lelaki itu pun terus mengikuti anjing tersebut untuk melihat apa yang berlaku seterusnya

Sampai di satu tempat anjing itu dilihat berputar-putar seolah-olah sedang mencari sesuatu sambil masih mengonggong makanan di mulutnya

Tiba-tiba kelihatan beberapa ekor anak anjing keluar dari satu tempat pergi kepada anjing yang membawa makanan itu. Rupa-rupanya dia adalah seekor ibu yang nertanggungjawab dan mengingati anak-anaknya

Dia boleh sahaja memakan makanan tersebut, tetapi perasaan sebagai ibu ada di dalam dirinya yang mengingatkan anak-anaknya yang berada di satu tempat membuatkan dia pergi mencari anak-anaknya untuk memberikan makanan yang dia dapat.

Lihat VIDEO yang mengharukan tersebut di bawah ini. Slide untuk menonton semua video

Begitulah kasihnya ibu terhadap anak-anaknya. Walaupun hanya makhluk yang tidak boleh berfikir seperti manusia tetapi naluri ibunya sama seperti manusia. Sangat mengharukan melihat dia mengenang anak-anaknya yang mungkin belum menjamah makanan pada hari itu.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan  Dan Disusun Oleh Ciungwanara / Berita Kopak

Sumber : Instagram MAKASSAR INFO