” Bila tengok balik gambar, baru perasan Awal pakai seluar dan jaket warna tak sama.. ” – Awal Ashaari

” Bila tengok balik gambar, baru perasan Awal pakai seluar dan jaket warna tak sama. OMG tak boleh terima lah. Tolonglah jangan ingat ni pesen baru. Malunyaaa ! ” – Kerana Rabun Warna, Awal Tersalah Padankan Baju !!

Masalah rabun atau buta warna sering dikaitkan dengan lelaki. Mereka yang ada masalah rabun warna, masih tetap dapat melihat warna, cuma mereka mempunyai kesukaran untuk membezakan warna terang dan warna gelap.

Masalah rabun warna ini bergantung kepada tahap keseriusan masalah rabun mereka itu sendiri. Namun kadar keseriusan adalah berbeza bagi setiap individu.

Ada yang tidak dapat mengecam sebarang warna. Ada yang tidak dapat mengecam warna merah dan hijau. Ada yang tidak dapat mengecam warna biru dan kuning.

Jenis yang kerap di temui adalah, mereka yang gagal mengecam warna merah dan hijau. Lelaki adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah ini.

Menerusi akaun Instagram, pelakon dan pengacara Awal Ashaari berkongsi kisah dia tersalah memadankan baju dan seluarnya semasa menjadi pengacara di majlis perkahwinan Elfira baru-baru ini.

Menurut awal, dia hanya perasan perkara ini setelah melihat gambarnya bersama isterinya Scha Alyahya yang diambil oleh official photographer pada majlis tersebut.

Awal memakai jaket berwarna hitam manakala seluarnya berwarna biru gelap. Apa yang menariknya, menurut Awal, baju itu diberikan oleh pembantunya.

Kalau tengok sekali imbas, memang tak berapa perasan sangat. Warna kelihatan seakan-akan sama. Lain lah kalau pakai warna yang sangat kontra. Mesti orang akan tegur.

Baca perkongsian Awal di bawah :

” Ni antara moment #colorblind yang tak dapat dimaafkan ! I hosted #elfaris wedding few nights ago thinking that I pakai all black tuxedo for black tie event.. “

” Bila tengok balik gambar @kakiphoto ambik ni, baru perasan Awal pakai seluar Tuxedo biru dengan jacket hitam!!! Omg tak boleh terima lah! Tolonglah jangan ingat ni pesen baru! Malunyaaaaaaaaaaa! “

” PA pun rabun warna lah kot. Dia Yang Hulurkan baju ni! “

Namun begitu, ada netizen yang bertanya kenapa Scha tidak menegur Awal. Ini respon Scha dan Awal :

Rata-rata peminat tidak perasan jika Awal tidak menceritakan dia tersalah padankan pakaian itu. Antara komen-komen peminat :

” Ha ha ha… mesti assistant main sauk jer tu, Bertabah la… suruh dia belanja air suam kurang manis selama 8 tahun!.. “

” Kalau awal x mention lain colour mmg xperasan kot.. “

” Xpe xnampak ketara sgt. Nextime nak bersiap kenalah ade org yg bkn #rabunwarna jg.. “

” Kalau dah nama Celebrity ni.. Pakai apa skali pun tetap nampak STYLO juga… “

” I pernah tengok 1 cerita ni pasal org colour blind dan buta. Semua baju dalam rumah dia labelkan dengan nombor supaya tak tersilap. May be you should do the same @awalashaari.. “

” Haah laaa.. baru perasan.. haha.. Ala tak pe @awalashaari kalau pakai seluar trbalik pn org igt FASHION… “

” Takpe kalau Awal yang pakai, semua akan jadi fesyen! Dan takpe, kan gelap dengan warna warni lampu, tak perasan lah! Cuma bila bergambar cerah camni baru nampak! Kalau Awal x cakap, mesti orang akan pikir FESYEN.. “

Korang ada kenal tak sesiapa yang rabun warna ? Kalau ada, cuba cerita sikit pengalaman korang..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Awal Ashaari by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..