Fattah Anas Sekali Lagi Masuk Sangkar, Kali Ini Jadi ‘Kucing Hitam’ Yang Makan Mihun Tapi Garang Dan Comel !!

Fattah Anas Sekali Lagi Masuk Sangkar, Kali Ini Jadi ‘Kucing Hitam’ Yang Makan Mihun Tapi Garang Dan Comel !!

Nama Fattah Anas tidak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata rakyat Malaysia mengenali si cilik yang baru berusia 2 tahun lebih ini sejak videonya menjadi ‘kucing’ di dalam sangkar menjadi viral beberapa bulan yang lalu.

Sejak itu Anas dan Papanya, Muhamad Firdaus, sering dijemput untuk menjadi tetamu undangan dalam program televisyen dan radio seperti Meletop, Motif Viral, Radio Kool FM dan banyak lagi.

Populariti Anas semakin menyerlah dan Anas kini mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri persis seorang artis. Sehingga kini, akaun instagram Anas memperolehi seramai 599 ribu pengikut yang sentiasa menanti ‘update’ terkini setiap hari.

Papa Anas juga tidak ‘lokek’ berkongsi video-video menarik aktiviti harian Anas. Video-video Anas biasanya mendapat banyak ‘likes’ dan komen setiap kali dimuatnaik. Rata-rata netizen sangat terhibur dengan telatah Anas dan geram dengan kecomelannya.

Yang terbaru, Papa Anas memuat naik video Anas sekali lagi menjadi ‘meow’ masuk dalam sangkar yang sama. Kali ini Anas menjadi ‘kucing hitam’ dan sekali lagi apabila ditanya makan apa, Anas masih menjawab ‘Mihun’.

Nampaknya ‘sangkar’ dan ‘mihun’ memang tak boleh berpisah dengan Anas. Sudah jadi sinonim dan trademark Anas. Apa yang menariknya, apabila disuruh membuat bunyi kucing, kedengaran macam bunyi Harimau pula. Garang betul ‘kucing hitam’ comel ini.

Video Anas ini mendapat perhatian ramai yang memuji aksinya yang comel itu. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Anas.

Jom tonton video penuh di bawah :

” KUCING HITAM YANG GARANG. Record by hulk anas @muhammadhaizadmamat.. “

 

View this post on Instagram

 

KUCING HITAM YANG GARANG 😼 . . . . record by hulk anas @muhammadhaizadmamat

A post shared by KUCINGMEEHUN (@fattahanas_boyyeah) on

Antara komen-komen netizen :

” Dah x muat dah kucing mihun ni dlm cage… dulu ngam2 je… “

” Dah x muat sangkar meow tu. The return of kucing meehoon.. “

” Dulu kucing meehun kecik… kejap je da besar… kucing itam garang je bunyi kucing.. “

” kucing demokkkk lahh , bukn kucing hitam.. kucing ni asyik meehunn je .. tak jemu ke ? “

” Sangkar keramat, menjulang nama anass naik.. “

” Sikit lg x muat dah sangkartu anass..huhu tucing itam.. “

” Comell.. kucing hitam garang makan meehun.. “

Alahai Anas, kenapa lah awak comel sangat? Admin pun masih tak boleh nak move on dari menonton video-video Anas bermula dari video viral Anas yang jadi ‘meow’ tu. Rasanya ramai yang macam admin kan ? Baik korang mengaku.

Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan Anas membesar dengan sihat dan bijak, menjadi insan berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. Teruskan menceriakan hari-hari kami dengan telatah Anas yang comel itu boyyeah !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG fattahanas_boyyeah by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..