” Kalau macam tu hari-hari saya nak buat Abang Zamani marah hehe.. “

” Kalau macam tu hari-hari saya nak buat Abang Zamani marah hehe.. ” – Gelagat Zamani Apabila Diminta Buat Aksi Marah, Tarik Perhatian Peminat. Alahai.. Marah Pun Comel !!

Walaupun rancangan Gegar Vaganza telah melabuhkan tirai pada bulan November 2018 yang lalu, namun begitu nama Zamani masih terus menjadi perbualan dan diperkatakan oleh orang ramai.

Tindakan Zamani memasuki Gegar Vaganza dapat memberi impak yang positif untuk karier seninya. Zamani kini mempunyai jadual yang padat dan banyak menerima undangan untuk membuat persembahan, temubual dan banyak lagi.

Zamani turut menerima sokongan daripada pelbagai pihak terutama sekali peminat-peminatnya. Malah semakin ramai anak muda masa kini turut menjadi peminat baru kepada Zamani.

Selain memiliki suara yang lunak dan merdu, Zamani juga mempunyai personaliti yang menarik, sikap yang baik, bersopan santun, menghormati orang serta merendah diri dan ini menjadikan Zamani semakin disayangi ramai.

Semalam, Zamani dijemput menjadi tetamu undangan dalam program Artis Masuk Bilik yang disiarkan secara live di Facebook DBILIQUE dan FBI. Zamani kelihatan memakai baju t-shirt lengan panjang dan kain pelekat mengikut tema rancangan Dbilique yang meminta artis undangan untuk memakai baju tidur.

Program ini dikendalikan oleh dua orang sahabat baik, Faizal Ismail dan Fara Fauzana. Menerusi program ini, Zamani ditemubual dan menjawab pertanyaan peminat-peminat secara live. Zamani turut menyanyikan beberapa lagu yang diminta secara live.

Satu sedutan rakaman video Zamani diminta membuat aksi marah sambil bermain batu seremban dimuatnaik di akaun Instagram Dbilique. Apa yang menariknya, cara Zamani membuat aksi marah itu kelihatan sangat comel.

Video ini mendapat perhatian ramai sehingga memperolehi banyak likes dan komen daripada peminat-peminat. Jom tonton video di bawah (video penuh disediakan di hujung artikel) :

” Alaaa Min tahu ramai tak move on lagi kan? Min pun sebenarnya. Ada ke @faizalfbi76 kata @zamanislam_official tak handsome. Ish! Tak baaiik kan? Tapi @zamanislam_official marah macam tu sahaja ek? “

” Ok, yang terlepas live semalam boleh tengok di Facebook Page DBILIQUE & FAIZAL ISMAIL. Like & share, okay? Terima kasih semua ! “

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Zamani. Antara komen-komen peminat :

” Kalau macam tu hari2 saya nak buat Abang Zamani marah hehe.. “

” Camne nak move on xtau baper kali dok ulang2 .. haihh x puas tengok omey angatt.. “

” Pehal marah pun comeyy tu.. alahai konfius nyer aii… “

” Pendek kata kalau kawin dgn abg zamani mesti bahagia je hidup.. dia dahla soft spoken pastu x pandai marah.. romantik pun iye. Manja pulak tu.. “

” Mmg blh berlakun filem komedi @zamanislam_official ni… marah pun comel… tak gitu @faizalfbi76 ? “

” Biasanya anak bongsu ni kalau tgh marah. Die x keluar kat mulut. Tapi melalui perbuatan, reaksi muka dan sebagainya.. mcm saya #anakbongsu.. “

” That is the @zamanislam_official real character!! Ceria! Plz find that person back in yourself abang! Carilah kebahagiaan dunia akhirat.. “

Sila tonton video penuh di bawah :

#ArtisMasukBilik Zamani

Jom lepak bersama ZAMANI 😍😍

Posted by Faizal Ismail FBI on Wednesday, January 9, 2019

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Zamani diberi kesihatan yang baik supaya dia dapat memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya seninya. All the best Zamani !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG / FB Dbilique by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..