Lelaki Ini Minum 10 Tin ‘Air Gas’ Sehari Untuk Mengetahui Apa Perubahan Yang Berlaku. Lihat Hasilnya Selepas Sebulan!

Lelaki Ini Minum 10 Tin ‘Air Gas’ Sehari Untuk Mengetahui Apa Perubahan Yang Berlaku. Lihat Hasilnya Selepas Sebulan!

Tentu ramai di antara kita yang menggemari minuman bergas yang banyak terdapat di pasaran. Minuman ini sememangnya sangat sedap apa lagi jika diminum ketika sedang kehausan. Tetapi adakah apa-apa berlaku jika kita mengambilnya setiap hari.

Lelaki tersebut, George Pri0r, 50 yang kelihatan sihat mengambil keputusan melakukan percubaan itu untuk melihat perubahan apa yang berlaku pada tubuh manusia jika meminum 10 tin air bergas sehari selama sebulan.

George merasa terkej0t melihat perubahan yang berlaku kerana tanpa dia sangka, berat badannya telah meningkat dalam masa sekejap sahaja.

“Saya menggesa orang ramai untuk memeriksa jumlah gula dalam diét mereka,”. Ujar George. “Orang perlu menyedari kesan sebenar yang gula yang mer0sakkan kesihatan mereka. Perubahan yang paling ketara adalah berat bertambah: 10kg dalam masa 30 hari. ”

Dia juga menyatakan keinginannya pada air ‘bergas’ semakin kuat pada akhir percubaannya.

“Saya melakukannya untuk membuat orang sedar tentang berapa banyak gula yang mereka ambil dan bagaimana tidak sihatnya keadaan itu. Saya lebih suka tidak melakukannya lagi. Saya tidak suka keadaan berat badan ini.”

Menurut George, dia mahu memberitahu orang ramai tentang bahaya pengambilan gula yang berlebihan. Selepas melakukan percubaan itu dia mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil minuman tersebut.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disusun Oleh Ciungwanara / Berita Kopak