Gambar Sekitar Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Datuk Seri Siti Nurhaliza Ke-40 Yang Meriah. Penampilan Siti Aafiyah Yang Comel Curi Perhatian Ramai !!

Gambar Sekitar Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Datuk Seri Siti Nurhaliza Ke-40 Yang Meriah. Penampilan Siti Aafiyah Yang Comel Curi Perhatian Ramai !!

Nama penyanyi nombor satu Malaysia dan penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain mempunyai suara yang merdu, Datuk Siti juga mempunyai auranya yang tersendiri.

Peminatnya bukan sahaja dari Malaysia, malah turut mempunyai penyokong yang ramai dari Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Mempunyai keperibadian yang baik dan sopan membuatkan Datuk Siti disenangi dan disayangi ramai.

Semalam tanggal 11 Januari 2019, Datuk Siti menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40. Dilahirkan pada 11 Januari 1979, sambutan hari kelahiran Datuk Siti bertambah manis apabila anakanda tercinta, Siti Aafiyah turut bersama meraikan detik istimewanya.

Menerusi akaun Instagram, Datuk Siti berkongsi beberapa gambar sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke 40 yang bertemakan ’40th Golden Year’.

Di sebalik kemeriahan majlis ini, kehadiran dan penampilan Aafiyah yang comel dan manis berpakaian baju warna keemasan seperti ibunya mencuri perhatian ramai. Sila slide gambar ke kanan untuk melihat lebih banyak lagi gambar-gambar yang lain.

” SAMBUTAN ULANGTAHUN DATO’ SRI SITI NURHALIZA @ctdk TARUDIN KE-40 ANJURAN BERSAMA @officialsimplysiti @creacionbysitinurhaliza & Siti Nurhaliza Productions. DAN DIJAYAKAN BERSAMA Ariani @galeriariani & Shopee @shopee_my “

Video di bawah dikongsikan di akaun Instagram Pengurus Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak :

Rata-rata peminat memuji kecomelan Aafiyah. Antara komen-komen peminat :

” Pandai A’afiah tgok camera.. hahhah, cerdik sgt niii.. “

” Afiyah cantik banget… mf ya datuk.. anak nya yg cantik sekarang.. hhh “

” Senyum Aafiah mahal lah… “

” Happy britday dato, cantiknya aafiyah.. “

” Dah pandai dia bergambar princess Aafiyah senyum tu mahal… tak meragam.. cekak rambut tak usik cantik comel macam ibu ayah.. “

” Fotokopi.. muka ikut tokti… comey sgt2.. gewwammm.. “

” Comeyy aafiyahhh.. gerramm pandai senyum .. happy besday tokti.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke 40 buat Datuk Seri Siri Nurhaliza.

Sanah Helwah, Barakallah Fik. Semoga Allah memanjangkan umurmu, menarik pergi segala masalahmu, memudahkan segala urusanmu, melapangkan segala kekusutanmu, menerima segala amalanmu, merahmati semua pekerjaanmu dan melimpahkan maghfirahnya yang terluas buatmu. Amin..

Silakan SHARE…

Sumber : IG Siti Nurhaliza (ctdk), Rozi Abdul Razak by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..