Mereka Berhijrah Atau Dibawa Ke Sebuah Pulau Di Negara Australia. Sampai Sekarang Mereka Berada Di Sana…

Mereka Berhijrah Atau Dibawa Ke Sebuah Pulau Di Negara Australia. Sampai Sekarang Mereka Berada Di Sana…

Tidak Melayu hilang di dunia, begitulah kata-kata dari Laksamana Hang Tuah, hulubalang tersohor Melaka. Mungkin kata-katanya itu ada benarnya. Orang Melayu ini sebenarnya tersebar ke seluruh Nusantara. Dari Indonesia, Malaysia, Brunei adalah tempat adanya orang Melayu. Mereka ada di serata pulau di negara-negara itu, malahan mereka berda sehingga pulau-puau yang di bawah negara Australia.

Cocos Island, sebuah pulau yang begitu terasing jauh dari negara jajahannya, Australia. Bagaikan anak yang terpisah jauh dari ibunya, Cocos Island yang terletak di Indian Ocean dan lebih tepat lagi berada jauh ke barat di antara pulau Sumatera dan pulau Jawa, dihuni hampir keseluruhannya orang Melayu yang asalnya dari Malaysia dan Indonesia.

Mereka berhijrah atau di bawa oleh British ke pulau tersebut bagi melakukan kerja-kerja penanaman, menjaga, memetik serta memperoses kelapa pada tahun 1880an dahulu iaitu lebih 150 tahun yang lepas dan akhirnya menetap di kepulauan tersebut.

Cocos Island memiliki 27 kepulauan dan penghuninya rata-rata berketurunan melayu Malaysia dan Indonesia dan generasinya masih mengekalkan budaya melayu yang kuat, berpakaian seperti orang melayu dan masih mengekalkan adat istiadat serta cara hidup yang lazimnya seperti orang Melayu.

Majoriti mereka adalah Muslim dan beragama Islam.

Semangat tolong- menolong yang masih di amalkan seperti orang Melayu di Malaysia

Cuma ada sedikit pertembungan budaya Scottish yang diterapkan dalam kebudayaan seni mereka yang berkemungkinan hasil penjajahan British di kepulauan tersebut.

Jika dilihat pada sebuah video yang dimuatnaik di Youtube, wajah serta penampilan mereka baik dari segi pakaian dan wajah seperti berada di Malaysia.

Tonton VIDEO Orang Melayu Cocos Di Bawah Ini

Kepulauan yang menyerupai Maldives dan mempunyai perairan yang cukup bersih dan terjaga. Namun rata-rata rakyat Australia tidak mengetahui akan kewujudan pulau Cocos yang begitu cantik lagi menakjubkan itu.

Terima kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Dan Disusun Oleh Ciungwanara / Berita Kopak

Sumber: Journeymantv / Youtube