Telatah Adik Aishah London Di Motif Viral Buat Ramai TERHIBUR. Part Menyanyi Lagu Katy Perry Dan Bloopers Tu Paling KELAKAR !!

Telatah Adik Aishah London Di Motif Viral Buat Ramai TERHIBUR. Part Menyanyi Lagu Katy Perry Dan Bloopers Tu Paling KELAKAR !!

Baru-baru ini viral di media sosial video rakaman seorang murid perempuan darjah satu yang menjadi bualan ramai kerana kepetahannya berbahasa Inggeris.

Rata-rata netizen turut merasa kagum dengan kehebatan kanak-kanak bernama Hana Aishah Mustafa Kamal itu bercakap dalam bahasa Inggeris.

Menurut ayahnya, Aishah mula bertutur dalam bahasa Inggeris sejak umur tiga tahun dan fasih berbahasa Inggeris sehinggakan orang kampung memanggilnya ‘Aishah London’ kerana kepetahannya itu.

Baru-baru ini Aishah dijemput menjadi tetamu undangan di Johara Pagi Era. Telatah Aishah yang petah berbicara itu membuatkan pendengar terhibur. Penampilan Aishah yang manis dan comel bertudung biru turut mendapat perhatian ramai.

Kepada yang masih belum mengetahui kisah ini, boleh baca di link di bawah :

” I want to be a police officer to protect my country ” – Adik ‘Aishah London’

Keesokan harinya, Aishah dijemput pula menjadi tetamu undangan di Radio Sinar pula dalam segmen Pagi Di Sinar bersama Jep Sepahtu, Rahim dan juga Angah. Aishah ditemani oleh kedua-dua ibu bapanya.

Kepada yang masih belum mengetahui kisah ini, boleh baca di link di bawah :

Jep, Rahim Dan Angah Sampai Berbelit Lidah Nak Bagi Soalan Dalam Bahasa Inggeris Pada Adik Aishah London. Serius Kelakar Wehhh !!

Apa yang menariknya, sampai berbelit lidah Jep, Rahim dan Angah untuk bertanya soalan dalam bahasa Inggeris kepada Aishah. Apa-apa pun, segmen ini membuatkan ramai yang terhibur.

Kali ini Aishah dijemput menjadi tetamu undangan di Motif Viral pula. Kepetahan Aishah berkomunikasi dengan empat pengacara meriuhkan lagi suasana di Motif Viral.

Part yang paling menarik apabila adik Aishah belanja menyanyi lagu Katy Perry buat ramai yang terhibur. Part yang bloopers tu paling kelakar !!

Antara komen-komen netizen :

” Adore gila english diaaa, kecik2 dah pandai buat lawakk.. “

” Aku dh 21 pon still tak se pro mcm aisyah ni speaking. Maigod.. “

” Aku suka part bloopers tuu hahahaha , terbahak bahak bai gelakk.. “

” Aku tak teruja psl English dia, sbb tu common. Yg aku teruja is accent dia yg ala ala mat saleh tu. Sedap jer didengar.. “

” Paling lawak part bloppers ! Hahahahahhahahahaha aduii ingtkan semua org buat salah bole continue interview rupanya play again Hahahahhahahahha.. “

” Inspirasi untuk kita yang dewasa ni untuk speak in english more and jangan takut cakap english and jangan bahan orang yang cakap English.. “

Apa-apa pun memang ‘salute’, kecil-kecil lagi Adik Aishah sudah dididik menutup aurat hasil didikan ibu bapanya. Semoga terus dibimbing menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Amin..

Jom tonton video penuh di bawah :

Apa-apa pun, terima kasih Motif Viral kongsikan petikan artikel daripada Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube Motif Viral by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..