” Cik Ani, makan roti canai. Pasal apa gelek-gelek lagi ni, Ya Allah.. ” – Aksi Comel Ibu Chef Wan Buat Ramai Terhibur !!

” Cik Ani, makan roti canai. Pasal apa gelek-gelek lagi ni, Ya Allah.. ” – Aksi Comel Ibu Chef Wan Buat Ramai Terhibur !!

Nama Chef Wan atau pemilik nama sebenar Datuk Redzuawan bin Ismail tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakat dan ilmunya dalam bidang masakan terkenal di Asia dan beberapa negara luar yang lain.

Personaliti beliau yang ceria, peramah dan suka berceloteh membuatkan Chef Wan disenangi ramai.

Sekiranya anda pengikut di laman sosial Chef Wan, pastinya anda ternanti-nanti Chef Wan memuatnaik video terkini bersama ibunya yang dikenali dengan nama Cik Ani.

Layanan dan perhatian Chef Wan terhadap ibunya membuatkan ramai yang kagum dan dalam masa yang sama terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan.

Apa yang menariknya, Chef Wan sering menyakat dan mengusik ibunya yang kini berusia lebih 80 tahun itu. Cik Ani juga kelihatan begitu ‘sporting’ melayan kerenah anaknya itu.

Menerusi akaun Instagram, Chef Wan berkongsi video Cik Ani sedang ‘exercise’ atau berjoget menggoyangkan badannya ke kiri dan ke kanan setelah selesai menjamu sarapan pagi, roti canai. Gelagat Cik Ani yang comel itu menarik perhatian ramai.

Jom tonton video di bawah :

” Ya Allah baru makan Roti Canai tak mandi lagi dia bantai exercise la pulak Cik Ani ! “

 

View this post on Instagram

 

Ya Allah baru makan Roti Canai tak mandi lagi dia bantai exercise la pulak Cik Ani!🙈🙈😄😄😄💃💃💃💃

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi Comel Cik Ani. Antara komen-komen netizen :

” Cik Ani gelek cam mamak tebar ghoti canai…. ‘

” Comey cik Ani.. menari atau xcercise tu.. “

” Hahaha I laugh out loud bila part belum mandi tu.. so funny la cik ani.. “

” Mak ngan anak sama happening.. Ur home must be lively kan … Hv a great time wz ur mom.. “

” Knp cik ani ni comel sgt mcm baby.. “

” Happy nya tengok cik Ani dgn dengaq mulut pot pet Chef Wan.. “

” Hahahah cik ani.. da mandi belum? Cpt je dia jawab belum! yg penting nampak sgt cik ani hepy joget2 lagi time stay dgn chef ni.. alhamdulillah. hope maid pn dpt jaga dgn sabar dan baik.. “

” Alolo so cute nek ani. moga nek ani diberi kesihatan yg baik.. aamin in shaa Allah.. tq chef wan sharing moment.. “

” Good, sngt aktif cik ani, moga sntiasa sihat dn happy selalu.. “

Alahai Cik Ani, tak pernah tak comel tau. Kami di Berita Kopak sudah jadi peminat setia Cik Ani tau. Sentiasa tunggu video-video terbaru Cik Ani. Kami mendoakan semoga Cik Ani diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Ilahi.

Semoga video-video bersama ibu yang dikongsikan oleh Chef Wan di akaun instagramnya menjadi sumber inspirasi kita dalam melayani dan menjaga ibu bapa kita yang sudah lewat usia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Chef Wan by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..