(VIDEO) Memang BestLah Bakal Sultanah Pahang Yang Baru Ini Nyanyi lagu JUJUR dari kumpulan RADJA… Live Band Lagi tu!…

(VIDEO) Memang BestLah Bakal Sultanah Pahang Yang Baru Ini Nyanyi lagu JUJUR dari kumpulan RADJA… Live Band Lagi tu!…

Seperti diketahui Sultan Pahang yang baru, DYMM Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bakal dimasyhurkan menjadi Sultan Pahang yang baru secara rasmi pada 15 Januari akan datang.

Ini bermakna isterinya juga iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas ini secara rasmi akan dikenali dengan gelaran yang baru iaitu Sultanah Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah selepas pemasyhuran tersebut.

Selain dikenali mempunyai sifat kasih dan prihatin kepada rakyat, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya turut dikenali kerana kehandalannya ‘beraksi’ di dapur.

Sebutlah apa sahaja masakan tidak kira masakan Melayu, Barat, Timur Tengah dan pelbagai lagi, semuanya mudah sahaja bagi isteri kepada Sultan Abdullah itu memasaknya.

Selain itu ramai yang tidak tahu Tunku Azizah juga mempunyai bakat menyanyi. Bukan menyanyi karaoke ye, menyanyi LIVE Band lagi!. Bukan senang nak menyanyi ikut Live Band ni. Tetapi Tunku Azizah selamba je.

Seperti yang di lihat pada rakaman video yang di letakkan dalam Instagram Kemsalleh #tengkupuanpahang, Tunku Azizah membawakan lagu Jujur dari band terkenal Indonesia Radja.

Walaupun video ini sudah lama di post pada Instagram tersebut iaitu bertarikh 2 Februari 2018 tetapi bagi yang belum melihat bakat terpendam Tunku Azizah ini bolehlah menonton video yang kami sertakan di bahagian hujung artikel ini.

Ramai Follower Instagtram tersebut yang memuji Tunku Azizah sebagai seorang humble, sporting dan sempoi seperti dipetik dari Instagramnya.

Aksi Tunku Azizah sedang menyanyikan lagu dengan penuh perasaan tapi still look humble.

Tidak dipastikan majlis apa yang di hadiri oleh bakal Sultanah Pahang yang baru itu tetapi kelihatan di dalam video ada beberapa artis yang menyanyi bersama seperti Umie Aida dan beberapa orang lagi.

Semoga baginda senantiasa sihat walafiat hendaknya dan sentiasa menjadi seorang yang humble serta sporting walaupun bergelar akan Sultanah Pahang yang baru.

Tonton Video Tunku Azizah menyanyi Live Di Bawah

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Silakan SHARE Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Sumber : Instagram Kemsalleh