Wanita Ini Mengajar Anaknya Supaya Tidak Berkongsi Barangan Dan Kedekut Dengan Orang Lain, Ramai Yang Mengikut Caranya Selepas Tahu SEBABnya…

Wanita Ini Mengajar Anaknya Supaya Tidak Berkongsi Barangan Dan Kedekut Dengan Orang Lain, Ramai Yang Mengikut Caranya Selepas Tahu SEBABnya…

Sewaktu kita kecil, kita selalu dipesan oleh ibubapa supaya jangan kedekut dan tidak lokek untuk berk0ngsi barangan dengan kawan-kawan lain. Jika ada mainan bermainlah bersama rakan-rakan, biar sama-sama merasa gembira.

Tetapi ianya berbeza dengan ibu dari Amerika ini yang mengajar anak lelakinya supaya kedekut dan tidak berkongsi makanan dengan orang lain. Pada hari itu, dia membawa anak lelakinya, Carson ke taman permainan di kawasan perumahannya dan membiarkan Carson bermain.

Ketika Carson sedang bermain dengan barang mainan kesayangannnya, tiba-tiba datang 6 kanak-kanak lelaki dan mengelilingi Carson. Itu telah membuatkan Carson merasa tak0t dan dia memgang barang mainannya dengan erat sambil memandang ibunya yang berhampiran.

Ibunya yang mengetahui anaknya itu tidak mahu berkongsi, tidak seperti kebanyakan ibubapa lain, dia berkata kepada anaknya. “Tidak perlu memaksakan diri untuk berkongsi, kalau tidak mahu berkongsi, katakan ‘TIDAK’. Jangan berbasa-basi”.

Mendapat sokongan dari ibunya, Carson menarik mainannya. Kanak-kanak yang datang itu bukan menerimanya, tetapi mereka berlari sambil mengomel kerana tidak dapat diberi pinjam mainan Carson.

Ibu Carson yang melihat perkara itu berkata sambil membela anaknya, “Carson tidak mahu berkongsi dengan kamu, kalau dia ingin berkongsi sudah tentu dia akan berkongsi dengan kamu.”

Kata-kata Carson itu mendapat pandangan sinis dari ibubapa yang turut hadir di taman itu. Meraka merasakan yang Ibu Carson menolak secara k4sar dan mengajarkan moral yang salah kepada anaknya itu.

Selepas pulang ke rumah, ibu Carson itu kemudian memuatnaik status menjelaskan apa yang berlaku dan mengapa ianya berbuat begitu. Dia menggunakan sandwich sebagai perumpamaan.

“Sebagai orang dewasa, jika saya berjalan di taman dan sedang memakan sandwich, lalu tiba-tiba beberapa orang yang tidak saya kenali datang dan meminta saya sandwich itu, adakah saya akan memberikan?

“Tentu saja saya tidak memberinya. Lalu apakah mereka marah?… Tidak!”

Tambahan pula, setelah difikirkan sebenarnya “siapa yang tidak sopan?”

Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada Carson, siapa yang tidak sopan, Carson yang tidak ingin berkongsi mainan dengan orang asing atau orang asing yang tiba-tiba ingin mainan Carson?

Konsep pemikiran ini ada benarnya dan akhirnya mendapatkan banyak sokongan dari ibubapa lain. Jika dilihat dari sudut pandang orang dewasa, berkongsi mainan kepada orang lain adalah perkara yang seharusnya. Tapi jika dilihat dari sudut pandang anak-anak, dia akan merasa seakan-akan orang lain telah mengambil mainannya kerana dia tidak merasakan ingin berkongsi.

Itulah yang ingin disampaikan oleh ibu Carson, di mana seseorang harus tahu bagaimana mengatakan tidak, dan tahu batasan untuk melindungi dirinya sendiri.

Carson bukan anak yang egois, ia rela berbagi mainan dengan rakan-rakannya, cuma dia tidak ingin berkongsi mainan dengan orang tidak dikenalinya.

Ibu Carson mengakhiri tulisannya dengan berpesan kepada semua ibubapa: “Jika lain kali anak anda mengadu kerana ada kanak-kanak yang tidak mau berkongsi dengannya, tolong diingatkan bahawa kehidupan di dunia ini, bukan kewajiban orang lain memenuhi keinginan kita. Menyerahkan barang milik peribadi demi menyenangkan orang lain, bukanlah cara yang baik”

Ramai orang yang memberi reaksi tulisan wanita itu. Ada yang menyokong dan ada yang mengecamnya. Berikan seorang anak pilihan untuk berkongsi dengan siapa yang dia mau dan sepenuhnya memberikan keputusan kepada mereka tanpa memaksa

Jika anak tidak diajari cara yang benar dalam berkongsi dan berinteraksi dengan orang lain, maka mereka malah akan sering mengatakan dan meminta kepada orang lain apa yang bukan menjadi haknya. Masalah ini terlihat sederhana, namun sebenarnya ini adalah salah satu aspek pendidikan yang tidak boleh diabaikan

Dari kecil, seorang anak harus sudah diajarkan bagaimana cara mempertahankan diri dan mengatakan “tidak” kepada orang lain jika ia tidak ingin. Jangan gunakan paksaan, kerana perkara itu dapat menjejaskan harga diri mereka

Beberapa perkara yang tidak penting di mata orang dewasa, mungkin penting di mata anak-anak. Ketika ibubapa tidak menghargai pilihan anak untuk tidak mahu berkongsi, dan malah memaksanya, maka ia akan membesar menjadi anak yang akan melayani dan mengutamakan orang lain dibanding dirinya sendiri, yang paling ter0knya membuatnya menjadi anak yang tertindas

Ketika mengajari anak untuk berkongsi, pastikan untuk memberitahu anak bahawa berkongsi adalah perkara¬† yang membahagiakan, tapi anda juga harus menekankan bahawa ia memiliki hak untuk mengatakan “tidak”.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Berita Kopak / Ciungwanara

Sumber :fun01