” Tiada guna majlis nampak gah sekiranya SOLAT, AURAT, IKHTILAT sepanjang majlis tidak dijaga.. “

” Tiada guna majlis nampak gah sekiranya SOLAT, AURAT, IKHTILAT sepanjang majlis tidak dijaga. Majlis grand sekalipun tak bererti sekiranya ia tidak dirahmati Allah.. “

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui suatu akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumah tangga sebagai suami isteri.

Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Perkahwinan merupakan ibadah dalam Islam yang membawa maksud yang terlalu luas kerana Islam memandang setiap amalan yang dilakukan oleh setiap umatnya dengan tujuan ikhlas untuk mendapat redha Allah dan mendapat ganjaran pahala.

Setiap sesuap nasi yang diberikan suami kepada isterinya dengan ikhlas akan mendapat ganjaran pahala dan keredhaan dari Allah SWT.

Namun, kerana indahnya sebuah perkahwinan, ramai di kalangan kita yang lupa apa yang wajib dititikberatkan khususnya pada hari pernikahan. Ramai yang secara sengaja terlepas pandang perkara ini.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Baca perkongsian daripada Saudari Intan Dzulkifli di bawah :

Hari nikah dan walimah boleh dikatakan adalah antara hari paling membahagiakan, paling penting dan paling bermakna buat seorang wanita.

Waktu itulah kebanyakan wanita akan bercampur baur emosi antara excited, gembira, tak sabar, dan adakalanya sampai stress kerana meletakkan high expectations untuk dream wedding mereka.

Waktu itulah ujian tiba, tatkala mahukan majlis pernikahan persis artis mahupun selebriti, hingga kadang ada orang Islam yang terikut budaya barat dari segi pemakaian serta cara meraikan hari nikah dan walimah.

Zaman beredar, terlalu banyak perubahan. Hal yang zaman dahulu tak pernah terbayang, kini semakin acap kali pula diada-adakan.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Pre-wedding photoshoot yang tidak patuh syariah – berpegang tangan, berdukungan, lentok sana sini walhal belum halal, bridemaids yang berpakaian menjolok mata, majlis berinai siap berpakaian dan ada tari menari ibarat budaya Hindu.

Majlis nikah dalam taman bulat-bulat ditiru seperti dalam Filem Inggeris, pengantin wanita memakai veil menutupi wajah seperti pengantin Kristian. Semua ini semakin dinormalisasikan dalam masyarakat.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Yang buat semua perkara ini, adakah kita telah merujuk orang ‘alim tentang semua hal ini sebelum kita implement dalam majlis bahagia kita?

Majlis bahagia belum tentu bahagia sekiranya di awalnya telah mengundang fitnah dan murka Ilahi apabila bercampur yang tidak patuh syariah.

Nasihat saya, dalam keterujaan mahu merencana majlis bahagia, pastikan rujuk dahulu orang yang ‘alim berkaitan segala hukum tindakan kita. Kerana kita orang Islam, apapun perlu utamakan syariat. Majlis grand bagaimana sekalipun tak bererti sekiranya ia tidak dirahmati Allah, didoakan orang alim dan didoakan para malaikat.

Tiada guna majlis nampak gah sekiranya solat, aurat, ikhtilat sepanjang majlis tidak dijaga.

Ikatan nikah suami isteri amat dimuliakan dalam Islam. Namun, caranya perlu seiring, agar keberkatan dan rahmat Allah memayungi proses itu.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Jangan kerana teruja, tanpa sedar kita menjunjung budaya bukan Islam, cara masuk ke majlis nikah seolah pengantin Kristian berjalan di dalam gereja, pakaian, tudung ambil inspirasi dari Barat, ada yang berpakaian terlalu mendedahkan hingga orang yang melihat keliru dengan agama sebenar si pengantin,.

Kemudian ada majlis tari menari bercampur gaul lelaki wanita bukan mahram. Wallahi, tepuk dada tanyalah iman, beginikah cara kita menjemput keberkatan di hari mitsaqon ghaliza antara kita dan suami dipaterikan?

Amat menyedihkan apabila hal sebegini dilakukan oleh orang yang popular, berderulah masyarakat menirunya tanpa berfikir dan bermuhasabah.

Ibubapa, bersuaralah. Memang benar apabila anak perempuan bernikah, mereka perlu taat pada suami mereka. Tetapi selamanya kita bertanggungjawab ke atas mereka, yang salah perlu ditegur, anak-anak sentiasa perlukan nasihat dan doa ibubapa mereka.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Berbaliklah kepada al-Quran dan sunnah. Implementing islamic way as what Rasulullah SAW teach us. Jangan terlalu taksub dengan selebriti hingga hal batil pun kita terikut juga.

Pesanlah kepada anak-anak, adik beradik, kawan-kawan.

Janganlah majlis nikah dan walimah kita menjadi fitnah kepada agama yang mulia. Berdakwahlah, biar orang lihat kecantikan dan kemuliaan Islam, melalui majlis nikah dan walimah kita.

Pilihlah..

Astaghfirullah.

Terima kasih Saudari Intan Dzulkefli atas perkongsian yang bermakna ini. Semoga memberi manfaat kepada semua. Ramai orang yang memandang remeh perkara ini. Mari sama-sama kita ambil perkongsian ini sebagai pengajaran.

Silakan SHARE…

Sumber : Intan Dzulkefli by Berita Kopak / Ciungwanara