(VIDEO) Lelaki Ni Jumpa 2 Orang Budak Menyanyi Sedap Di Tengah Tasik Dalam Hutan…

(VIDEO) Lelaki Ni Jumpa 2 Orang Budak Tak Berbaju Menyanyi Merdu Di Tengah Tasik Dalam Hutan…

Kita selalu melihat video kanak-kanak yang dianugerahkan dengan suara yang merdu dan mendayu-dayu di media sosial. Tetapi bagaimana jika anda menjumpai kanak-kanak menyanyi di tengah tasik di dalam hutan. Mungkin anda akan berfijir banyak kali samaada itu manusia ataupun makhluk dari alam lain.

Sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter bernama Mangekyo @luqmxnzubir menunjukkan dua orang kanak-kanak yang menyanyi di tengah tasik di dalam sebuah hutan.

Sambil berdiri di atas papan seperti rakit dengan penuh bergaya mereka membawakan lagu ‘Rahsia Pohon Cemara’ yang dipopularkan oleh kumpulan Exist.

Suara mereka yang merdu dan dengan penuh perasaan itu menggema ke seluruh tasik sepertinya mereka menyanyi di dalam sebuah dewan ataupun auditorium

Rupa-rupanya inilah dua orang kanak-kanak yang menyanyi di tengah tasik itu. Tidak di nafikan memang suara mereka terbaik dan merdu didengar.

Tonton video dua kanak-kanak ini menyanyi di tengah tasik yang dirakam dan dimuatnaik di twitter

Di bawah ini mereka menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Iklim iaitu Suci Dalam Debu

Tidak dapat dipastikan siapa gerangan dua kanak-kanak ini kerana tiada penjelasan mengenainya. Ada juga komen follower di Twitter tersebut supaya kanak-kanak ini di masukkan di dalam rancangan Motif Viral.

Apapun tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana mampu menghiburkan ramai dengan gelagat mereka!

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Dan Disusun Oleh Berita Kopak

Sumber : Twitter Mangekyo @luqmxnzubir