Di Negara Ini, Minyak Hitam Bukan Untuk Kenderaan Sahaja. Mereka Juga Mandi Menggunakan Minyak Hitam Mentah Untuk…

Di Negara Ini, Minyak Hitam Bukan Untuk Kenderaan Sahaja. Mereka Juga Mandi Menggunakan Minyak Hitam Mentah Untuk…

Mandi adalah salah satu cara untuk mendapatkan kesegaran badan selepas penat bekerja. Mandi juga dapat menghilangkan kekotoran sekaligus menjaga kebersihan diri. Tetapi adakah anda sanggup membayar RM1800 hanya untuk mandi sahaja?

Sebuah tempat mandi diĀ  Naftalan, Azerbaijan menawarkan tempat mandi dengan harga tersebut tetapi setiap hari ramai yang mengunjunginya. Tetapi sebenarnya mandian di tempat itu berlainan dengan mandi biasa. Ini kerana tempat mandi ini satu-satunya menyediakan mandian yang berasaskan minyak.

Setiap hari ramai yang datang ke sini untuk mandi minyak hitam ini. Minyak yang bewarna hitam ini adalah minyak yang unik di kawasan ini. Minyak tersebut adalah minyak mentah yang telah dicampur untuk tujuan kesihatan.

Minyak hitam ini bukan minyak hitam biasa, ia mempunyai kesan anti-radang dan juga sebagai penahan s4kit, menggalakkan metab0lisme dan mempercepat penyembuhan luk4. Ia juga memainkan peranan penting dalam rawatan peny4kit seperti rem4tik, dan peny4kit kulit. Jadi ia bukan mandilah, ia adalah cara pencegahan dan penyembuhan.

Semua orang yang mahu mandi minyak tidak perlu membuat sebarang persediaan terlebih dahulu, mereka hanya perlu menanggalkan pakaian dan berbaring di dalam tab mandi yang sudah dipenuhi minyak hitam. Waktu yang diberikan untuk berada di dalam tab mandi itu adalah 10 minit kerana dikatakan kesan minyak itu yang berkesan.

Tetapi bahagian yang paling sukar sekali adalah membersihkan badan dari minyak. Mereka perlu membersihkan badan beberapa kali untuk menghilangkan minyak. Kemudian menggunakan sabun dan membilas dengan air beberapa kali untuk membersihkan sisa-sisa minyak dari badan.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Berita Kopak / Ciungwanara

Sumber :micelle0926