Dia Sanggup Menjual Rumahnya Untuk Memberi Makanan Kepada Orang-Orang Miskin Dan Anak Yatim Yang Kelaparan. Satu Hari…

Dia Sanggup Menjual Rumahnya Untuk Memberi Makanan Kepada Orang-Orang Miskin Dan Anak Yatim Yang Kelaparan. Selama 14 Tahun Dia Melakukannya Tanpa Mengharapkan Balasan Tetapi Satu Hari…

Di Pingtung, Taiwan terdapat seorang wanita tua yang berhati mulia bernama Lin Yingmei. Sudah selama 14 tahun, tiga kali sehari dia akan memberikan makanan percuma kepada orang gelandangan, orang tua yang tinggal sendirian dan anak-anak yang kelaparan. Lebih daripada 200 peket makanan akan disediakan olehnya dalam satu hari.

Dia juga menjual rumahnya untuk melakukan perbuatan mulia ini, dan menghabiskan semua simpanannya, walaupun pada mulanya ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya tetapi dia tetap nek4d untuk melakukannya, “Saya akan melakukannya sendiri.” Katanya

Sumber imej: Chen Weiqiang Facebook

Menurut “Jaringan Berita ETtoday”, Lin Yingmei adalah seorang wanita yang tiada pendidikan yang tinggi, dia terpaksa berhenti kerja, menjaga suaminya yang s4kit siang dan malam. Kehidupannya begitu sukar. Tetapi pada satu ketika, dia berjumpa seorang pendeta dan pendeta itu memberitahunya:


Sumber imej: Chen Weiqiang Facebook

“Anda hanya perlu berbuat lebih baik, semoga keluarga anda akan selamat, dan semoga suami anda akan menjadi lebih baik.” Kata-kata pendeta itu membuatkan dia berfikir untuk melakukan kebaikan kepada orang.

Pada mulanya, ianya tidak berjalan seperti yang dirancangnya. Dia menubuhkan sebuah persatuan penyel4mat, tetapi dia ramai yang bersedia secara sukarela membantunya. Dia terpaksa melakukan seorang diri dan mencari sesiapa yang sanggup menderma untuk orang-orang yang memerlukan. Walaupun tidak ramai yang membantu, tetapi berkat usahanya dia dapat mengurangkan orang-orang yang kelaparan.


Sumber imej: ETtoday

Kemudian dia terfikir bagaimana jika dia memasak. Ianya lebih menjimatkan fikirnya tetapi walau bagaimanapun ianya memerlukan modal yang banyak juga. Akhirnya selepas berfikir semasak-masaknya dia menjual rumahnya, dan dengan modal jualan itu dia membuat manisan untuk dijual. Dari keuntungan jualan manisan itu dia menyimpannya di dalam tabung persatuan.

Dari situ semakin ramai orang yang dapat dibantunya. Dari berharapkan balasan kebaikan seperti kata-kata pendeta itu, dia kini berasa seronok dan bahagia dapat membantu orang ramai. Dia tidak kisah lagi tentang apa-apa kebaikan yang akan dia dapat. Dia merasa bahagia dapat memasak untuk mereka yang memerlukan. Diam tak diam telah hampir 14 tahun dia melakukan kerja-kerja amal tersebut. Dan persatuannya semakin dikenali di merata tempat.

Tetapi dia menyedari bahawa pendapatan yang sedikit daripada menjual manisan bukanlah penyelesaian jangka panjang, jadi dia mendengar nasihat seorang kawannya untuk mencalonkan diri sebagai wakil penduduk di daerah Pingtung. Dia berharap akan dapat membantu lebih ramai orang jika dia terpilih.

Akhirnya dia cuba mengambil bahagian dalam pemilihan wakil penduduk Pingtung 2018, tetapi kesibukannya untuk memasak untuk orang-orang yang memerlukan membuatnya tiada masa untuk berkempen, jadi pencalonannya telah dibatalkan.

Tetapi setiap kebaikan itu pasti mendapat balasan. Cuma masa cepat atau lambat sahaja. Selepas menghabiskan begitu banyak kesulitan, satu hari dia melihat suaminya bertambah baik, menjadikannya lebih yakin bahawa dia harus terus melakukan perbuatan baik, selain berharap dapat meneruskan hidupnya bersama suaminya, sambil berharap dapat membantu lebih banyak orang yang memerlukan.

Ramai orang yang kagum dengan semangatnya selama 14 tahun berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan. Sanggup bersusah-payah dan menjual harta sendiri untuk kepentingan orang lain tanpa mengharapkan keuntungan. Sesungguhnya kebaikan tetap dibalas kebaikan.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disusun Oleh Ciungwanara / Berita Kopak

Sumber : Micelle0926