” La Mark Adam rupanya, ingatkan tarzan mana tadi.. ” – Mark Adam Kongsi Gambar #10yearschallenge Tarik Perhatian Ramai

” La Mark Adam rupanya, ingatkan tarzan mana tadi.. ” – Mark Adam Kongsi Gambar #10yearschallenge Tarik Perhatian Ramai

Siapa yang tidak kenal penyanyi kelahiran Cebu, Filipina, Mark Adam yang kian mengukir nama di Malaysia dengan lagu-lagu berjudul Pencuri, Si Katak, Marry Me dan banyak lagi.

Mark Adam yang juga merupakan seorang guru vokal ini lebih dikenali di Malaysia berbanding negara kelahirannya.

Mempunyai personaliti yang sangat bersahaja, sentiasa merendah diri, menghormati orang lain dan berperwatakan kelakar membuatkan Mark Adam sangat disenangi ramai.

Menerusi akaun Instagram, Mark berkongsi gambar lama demi menyahut ‘cabaran 10 tahun’ atau #10yearschallenge. Gambar throwback yang dikongsikan oleh Mark menarik perhatian ramai orang kerana penampilannya yang jauh berbeza dengan sekarang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Rata-rata peminat terhibur dengan gambar yang dimuatnaik oleh Mark. Antara komen-komen peminat :

” Ini paling winnn.. hahaha.. “

” Ketawa aku tgk gmbr tarzan tu.. “

” Hahahahaahahaha yg ni kelakar.. “

” Tak handsome dlu @markadam1079, hat skrg handsome & smart bukan main.. “

” La mark adam rupanya ngatkan tarzan mana tadi.. “

” Hahahahhaa okay Tarzan itu wujud!!!! tpi asal muka kena mcm tu.. “

” Sekarang klu u mcm ni lagi @markadam1079 semua orang lari tau.. “

” Dalam byak2 challenge… aku tgk .. apasal la yg ni sgt menghiburkan hati aku… scroll² ig tersembur gelak .. tgk mark ni.. skrg masih ada geli² hati lg .. good job mark!.. “

Alahai Mark tak pernah tak kelakar. Ada je idea nak bagi orang gelak. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Mark terus berjaya dalam karier.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mark Adam by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..