” Aku mungkin bukan kakak yang terbaik buat kalian… ” – Video Dan Ucapan Erma Fatima Sempena Hari Lahir Umie Aida Buat Ramai Yang Sebak !!

” Aku mungkin bukan kakak yang terbaik buat kalian… ” – Video Dan Ucapan Erma Fatima Sempena Hari Lahir Umie Aida Buat Ramai Yang Sebak !!

Menerusi akaun Instagram, pengarah dan pelakon Erma Fatima berkongsi video dan juga ucapan ulang tahun kelahiran buat adiknya yang tersayang, Datin Seri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida.

Umie Aida yang lahir pada 18 Januari 1973, kini telah berusia 46 tahun. Umie Aida telah berkahwin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah.

Pernikahan dan perkahwinan ini mendapat liputan meluas media termasuk majlis resepsinya yang berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama.

Video dan ucapan yang dimuatnaik oleh Erma Fatima mendapat perhatian ramai dan buat peminat sebak. Baca perkongsian Erma dan tonton video di bawah :

” Aku mungkin bukan kakak yang terbaik buat kalian… Mungkin juga bukan yang penting dalam hidup kalian… “

” Tapi aku hanya ada kalian di antara harta yg paling bernilai dalam hidup aku.. “

” Kerana hanya kalian sahaja yg aku ada sebagai sumber yg memberi kebahagiaan utk aku teruskan sisa hidup ini.. “

” Mungkin tiada kata2 mampu ku ucapkan betapa bermaknanya kalian buat aku… “

” DAN aku tidak akan berhenti mencintai kalian hingga ke nafas terakhir aku… “

” Terima kasih Allah kerana kau masih terus memberikan aku bahagianya memiliki adik-adik yg sangat bermakna dlm hidup aku. Lahir kau ke dunia ini adalah cahaya bahagia buat kami.. “

” SELAMAT HARI LAHIR adik ku.. moga Allah terus memberkati dan merahmati hidupmu.. “

 

View this post on Instagram

 

Aku mungkin bukan kakak yang terbaik buat kalian… Mungkin juga bukan yang penting dalam hidup kalian… Tapi aku hanya ada kalian di antara harta yg paling bernilai dalam hidup aku.. Kerana hanya kalian sahaja yg aku ada sebagai sumber yg memberi kebahagiaan utk aku teruskan sisa hidup ini.. Mungkin tiada kata2 mampu ku ucapkan betapa bermaknanya kalian buat aku… DAN aku tidak akan berhenti mencintai kalian hingga ke nafas terakhir aku… Terima kasih Allah kerana kau masih terus memberikan aku bahagianya memiliki adik-adik yg sangat bermakna dlm hidup aku. Lahir kau ke dunia ini adalah cahaya bahagia buat kami..SELAMAT HARI LAHIR adik ku..moga Allah terus memberkati dan merahmati hidupmu..😘😘😘

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Posting Erma turut mendapat komen balas daripada Umie Aida :

Antara komen-komen peminat :

” Hppy birthay kak umie smoga f pnjgkn umur d limpahi rezeki d rahmati dn d berkati ALLAH SWT.. “

” Wlaupn ini cuma kta2… tp kta2 ini bleh mmbuatkn kita trharu+sedih+sebak.. @ermafatima betapa sygnya dn kasihnya awak sbgai kakak.. special rose for someone special like u.. “

” Mcm tu lah perasaan seorg kakak.. Adik² sentiasa istimewa dlm hati ni.. “

” Happy birthday umiaida. panjang umur… murah rezeki dan sihat selalu… bersyukur dianugerah seorg kakak yg amat menyayangi adiknya dgn ikhlas.. “

” Mulianya hati adik beradik ni… Ya Allah pelihara mereka hingga syurga mu.. “

” Sedih pulak baca, happy birthday Umie moga sentiasa dln rahmat-Nya.. “

” Touched! sye takde kakak tp sye amat mengerti bagaimana itu kasih sayang terhadap adik beradik… “

” Sedih baca. Bila mak ayah dah takde, hanya adik beradik dan anak anak aje lah yg tempat kita curah kasih sayang masa umur kita lanjut. Suami tunang boifren kawan baik boleh diganti. Tapi mak ayah dan adik beradik tidak.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Umie Aida. Semoga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan semua urusan dan diberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Semoga mendapat umrah yang mabrur.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erma Fatima by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..