Senarai Pemenang Maharaja Lawak Mega 2018. Tahniah Kepada Semua Pemenang..

Senarai Pemenang Maharaja Lawak Mega 2018. Tahniah Kepada Semua Pemenang..

Maharaja Lawak Mega 2018 kembali dengan menampilkan 14 peserta terdiri daripada 12 kumpulan (duo & trio) serta 2 pelawak solo. Pada tahun ini, tema Sarkas diangkat sebagai pemilihan montaj.

Rancangan realiti bersiri kegemaran ramai terbitan Astro ini mula ditayangkan di saluran Astro Warna (Saluran 132) dan Astro Warna HD (Saluran 124) bermula 02 November 2018, setiap Jumaat jam 10 malam.

Kejutan buat para penonton dimana bermula 23 November 2018, rancangan ini akan diawalkan waktunya kepada jam 9 malam.

Malam ini ialah malam kemuncak persaingan terakhir peserta final merebut gelaran juara dan hadiah utama wang tunah bernilan RM500,000.

(Sumber : Astro Gempak)

70 peratus markah dinilai oleh juri profesional iaitu Douglas Lim, Tya Ariffin, Remy Ishak dan Scha Alyahya.  Manakala 30 peratus lagi adalah daripada undian penonton atau peminat di aplikasi Tik Tok.

Peserta-peserta yang bersaing di pentas akhir ialah :

1. Puteh

2. Shiro

3. Bocey

4. Zero

5. Taman

Pada malam final ini, semua finalis dikehendaki membuat 2 persembahan. Tema pertama adalah bebas, manakala tema yang kedua adalah muzikal komedi.

Hadiah Oppo Punchline Machine dimenangi oleh Kumpulan Shiro :

 

View this post on Instagram

 

#Oppo Punchline Machine Akhir di rangkul oleh kumpulan #ShiroMLM2018 #OPPOR17Pro #MenerangiMalammu #MaharajaLawakMega 2018

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Di bawah adalah senarai pemenang Maharaja Lawak Mega 2018 :

Tempat Kelima – Taman (RM15,000 berserta trofi)

 

View this post on Instagram

 

Tempat Kelima #Maharajalawakmega 2018 jatuh kepada kumpulan #TamanMLM2019. Tahniahhhh! #MLM2018

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Tempat Keempat – Puteh (RM50,000 berserta trofi)

 

View this post on Instagram

 

Tempat Keempat#Maharajalawakmega 2018 jatuh kepada kumpulan #PutehMLM2018. Tahniahhhh!

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Tempat Ketiga – Zero (RM150,000 berserta trofi)

 

View this post on Instagram

 

Zero merangkul tempat ketiga. Tahniah #ZeroMLM2018 . #MLM2018 #MaharajaLawakMega 2018 www.maharajalawakmega.com.my

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Tempat Kedua – Bocey (RM250, 000 berserta trofi)

Juara – Shiro (RM500,000 berserta trofi)

Tahniah kepada kumpulan Shiro. Anda memang layak menang. Walaupun membuat persembahan komedi, tetapi masih menyelitkan elemen-elemen moral yang boleh memberi pengajaran kepada semua orang.

Tahniah juga kepada semua pemenang. Teruskan berkarya dan menceriakan hari-hari kami.

Sumber video / gambar : Astro Gempak

Article by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..