Video Ernisha Ketika Uji Bakat Mentor Kini Kembali Hangat Diperkatakan Dan Ditonton Netizen !!

Video Ernisha Ketika Uji Bakat Mentor Kini Kembali Hangat Diperkatakan Dan Ditonton Netizen !!

Nama Ernisha atau pemilik nama sebenar Erni Nurshahira Khairul Nizam semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini apabila videonya bersama bekas Dewi Remaja 2018/2019, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan atau Haneesya Hanee di kelab malam tersebar.

Disebabkan kes itu Ernisha yang merupakan finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019 tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.

Sering dikaitkan menjadi klon pengacara dan pelakon cantik Neelofa membuatkan nama Ernisha sering menjadi sebutan di media sosial.

Disebakan kes kontroversi baru-baru ini, video semasa Ernisha ketika uji bakat bersama Datuk Syafinaz bagi rancangan Mentor 7 kini kembali mendapat perhatian ramai.

Ernisha dilabelkan sebagai seorang yang biad4p kerana ‘bertengkar’ dan seolah-olah mencabar Datuk Syafinaz. Netizen mempertikaikan macam mana Ernisha nak jadi protoge, jika awal-awal lagi sudah melawan mentornya.

Malah Ernisha juga dituduh tidak boleh menerima kritikan dan nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman seperti Datuk Syafinaz.

Manakala menerusi Sinar Online, Ernisha menjelaskan ianya hanyalah sekadar lakonan sahaja. Menurut Ernisha, Datuk Syafinaz sendiri mengetahui perancangan yang dibuat dengan pihak produksi Mentor. Jika benar, ini bermakna lakonannya berjaya seperti yang dirancangkan.

Namun begitu, menerusi video yang dimuatnaik di Youtube, Ernisha terus dikec4m oleh netizen, lebih-lebih lagi selepas kes kontroversi yang melibatkan dirinya baru-baru ini menjadi viral di media sosial.

Antara komen-komen netizen :

” Aku datang sini sebab ada video tular baru2 ni di twitter. Emm.. “

” Sampah… dia ingat hebat ke… dah suara x sedap nak buat macam mana.. “

” Last² dia masok club untk naik kan nama dia.. “

” Sokong datuk.. muka tolak tepi.. suara must above and beyond.. “

” Salute datuk syafinaz… rileks je bg respon… sgt profesional..!! “

” Betul kata kak Syafinaz. You must now what’s u goal before and when you come. Datok Syafinaz juri, if she say belum layak..she is meaning. Try terima sesuatu pandangan n jadikan ia semangat memajukan diri. Ni baru diketuk sekali dah melenting.. “

” Dia berlakon je mar4h2 tu untuk naikkan rating mentor and semua tu production yang rancang. And dia pun memang pelakon, pengacara. Don’t be so angryy guyss. She just doing her job.. “

Tonton video penuh di bawah :

Semoga Ernisha mendapat pengajaran atas apa yang berlaku baru-baru ini. Allah uji kita kerana Allah nak tegur dan sayang kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Semoga apa yang terjadi ini membuatkan Ernisha menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube / Sinar Harian / Remaja by Berita Kopak / Ciungwanara