” Aku menyaksikan bagaimana mulianya hati dia.. ” – Luahan Sahabat Baik Ustazah Nur Farhana Buat Ramai Yang Sebak

” Aku menyaksikan bagaimana mulianya hati dia.. ” – Luahan Sahabat Baik Ustazah Nur Farhana Buat Ramai Yang Sebak

Beberapa hari yang lalu, kita digemparkan dengar berita kehilangan Ustazah Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Langg4r, Kedah seperti kebiasaannya.

Nur Farhana dikatakan mengalami kemurungan disebabkan permohonannya untuk berpindah lebih dekat dengan keluarganya beberapa kali tidak berjaya.


Kisah Nur Farhana yang mengemparkan ramai orang kerana kehilangannya yang misteri. Sumber Gambar : Sinar Harian

Dilaporkan Nur Farhana yang ditugaskan mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting terpaksa berulang alik pergi kerja dari Alor Senibong di Langg4r, Alor Setar Kedah ke Balik Pulau, Pulau Pinang setiap hari.

Jarak sehari perjalanan dari Langg4r ke Balik Pulau sehala lebih kurang 100 kilometer. Nur Farhana terpaksa menghabiskan masa yang banyak untuk perjalanan pergi balik sejauh 200 kilometer.

Nur Farhana menerima pelbagai kritikan dan kecaman yang dilempatkan sejak hari pertama kehilangannya.

Bagaimanapun, seorang rakannya yang dikenali sebagai Nur Nasuha Shuhaimi meluahkan sesuatu yang mengharukan tentang sahabat baiknya yang bergelar ustazah itu.


Sumber Gambar : Nur Nasuha Shuhaimi Facebook

Beliau turut memuatnaik gambarnya bersama rakannya tersebut yang telah mengemp4rkan seluruh negara tentang kisah kehilangannya sahabatnya yang bernama Nur Farhana tersebut.

Baca luahan Nur Nasuha Shuhaimi mengenai sahabatnya itu di bawah ini

” Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Kuasa doa, akhirnya sahabatku dijumpai dalam keadaan yg selamat.. “

” Aku menyaksikan bagaimana mulianya hati dia melayan mak abahnya saat aku bermalam dirumahnya.. “

” Sering kali hang cuba menggembirakan abah yg sedang lump0h sambil bercakap2 dlm bahasa arab. Mana mungkin aku lupa abah ketawa mengekek dgn lawak hang.. “

” Mulut cuba menghiburkan namun mata yg berair tdk mampu menipu rasa dihati. Kuatnya hang Ana.. “

” Namun Allah lebih menyayangi mak hang, syurga buat mak hang yg sabar & tabah menjaga abah setelah sekian lama. Saat itu, aku juga turut bersedih.. “

” Aku menyaksikan bagaimana mulianya hati dia terhadap kawan2.. “

” Kita sekelas dari tingkatan 1 hingga 6. Hang seorang yg sgt bersemangat & fokus dlm belajar. Mana mungkin aku lupa hang yg byk tolong aku dlm pelajaran. Sentiasa bagi semangat saat aku hampir putus asa.. “

” Hang org yg paling menyokong aku bila setiap kali aku kata, ‘aku nak masuk maktab, aku nak jadi cikgu’. Boleh aku katakan, semua org senang dgn sikap hang yg periang, peramah, suka melawak & mudah mesra.. “


Sumber Gambar : Nur Nasuha Shuhaimi Facebook

” Beberapa bulan sebelum aku kahwin, kita berbual lama di telefon. Seperti biasa, hang sgt ceria bercerita itu ini. Hang byk memberi nasihat. Kalau nak cerita setiap kebaikan & kemuliaan hati hang, tak akan pernah habis. Hang terlalu baik.. “

” Tidak terungkap betapa sedihnya hatiku saat dikhabarkan hang hilang secara tiba2. Namun aku yakin, org yg baik mcm hang, Allah akan jaga, Allah akan lindung dari perkara2 yg buruk. Bersangka baik dgn Allah. Alhamdulillah Allah makbulkan doa semua yg mendoakan hang.. “

” Biarlah apapun yg orang kata pasai hang, aku harap hang maafkan, terus kuat & bertahan. InsyaAllah Farhana yg aku kenal seorang sahabat yg kuat & terlalu baik hatinya.. “

” Aku doakan semoga permohonan pertukaran hang ke Alor Setar diluluskan. InsyaAllah amiin. Aku sayang hang sahabat dunia akhiratku, Ana Ibrahim.. “

Begitulah luahan Nur Nasuha Shuhaimi tentang sahabatnya itu. Luahan tersebut membuka hati ramai orang mengenai bagaimana sifat Nur Farhana di mata rakan baiknya tersebut.

Semoga kisah Nur Farhana membuka mata banyak pihak tentang bagaimana kasihnya seorang ibu terhadap anak dan kasihnya anak terhadap bapanya.

Diharapkan Nur Farhana kembali sihat dan dapat hidup ceria dan berbahagia di samping keluarganya.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE..

Sumber : Nur Nasuha Shuhaimi by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report copyright..