Fad Bocey Kongsi Gambar Isteri Bertudung, Sangat Cantik Dan Ayu. Peminat Doa Semoga Syahirah Istiqamah..

Fad Bocey Kongsi Gambar Isteri Bertudung, Sangat Cantik Dan Ayu. Peminat Doa Semoga Syahirah Istiqamah..

Fad Bocey atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam dan isterinya Nur Syahirah Abdul Rahman berkahwin pada 14 Mac 2015 di Jitra, Kedah.

Pasangan ini dikurniakan anak kembar lelaki yang diberi nama Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan yang dilahirkan pada 11 Disember 2015.

Mereka  juga turut mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Nur Aminah Mishall yang dilahirkan pada 19 November 2017.

Yang terbaru, menerusi akaun Instagram Fad memuatnaik gambar isterinya memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna. Syahirah kelihatan sangat cantik, manis, ayu dan sopan apabila memakai tudung.

Rata-rata peminat gembira dengan perubahan ini dan berdoa semoga ianya berkekalan selama-lamanya. Ini kerana menutup aurat dengan sempurna itu wajib bagi setiap orang yang beragama islam.

” Syukur Alhamdulillah, tenang hatiku.. “

 

View this post on Instagram

 

Syukur Alhamdulillah,tenang hatiku🥰😍🥰😍

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Rata-rata peminat mendoakan semoga Syahirah terus istiqamah. Antara komen-komen peminat :

” Alhamdulillah.. seorang isteri yg sayang kan suami bukan sekdar di dunia sahaja.. malah.. akhirat juga.. tahniah fad… semoga fad sekeluarga bahagia dunia dan akhirat.. “

” Alhamdulillah ..cantk sangt n moga terus istiqamah.. Dan memakainya mengikut syariat.. .. Tahniah fad n isteri.. “

” Alhamdulillah.. moga Allah tetapkan istiqomah dalam hati kita.. amiin.. “

” Semoge akk lebih tenang dan istiqomah…. Alhamdulilah sis, cantik sangat bile bertudung… “

” Alhamdulillah.. Semoga diberi istiqomah olehNYA.. Dan diberi limpahan rezki juga Rahmat Allah.. Aamin Ya Rabbal a’lamin. (jika sayangkan suami.. Bersama bantu suami ke Jannah).. “

” Alhamdulilah.. Semakin mudah urusan Fad dan semoga dipermudahkan lagi urusan lps ni. Semoga istiqomah dik. Allah dah bagi banyak ni.. “

” Comel la… Teruskn… Istiqomah.. Manis bertudung… Aurat dijaga.. “

” MaashaaAllah cantik! Teruskan. Moga dalam jagaan Allah sentiasa.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Syahirah terus istiqamah menutup aurat dengan sempurna sebagaimana tuntutan agama kepada setiap muslim dan muslimah. Semoga rumahtangga Fad dan isteri bahagia dan diredhai Allah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fad Bocey by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report c0pyright..