” Bila dah berjaya jangan sombong dan mendabik dada.. ” – Amy Search

” Bila dah berjaya jangan sombong dan mendabik dada. Sepatah orang tua cakap dibalas dengan seribu patah yang penuh dengan kesombongan.. ” – Amy Search

Nama Amy Search adalah satu predikat yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Imej, vokal, attitude dan segala tentang lelaki dengan nama sebenar Suhaimi A. Rahman ini adalah satu fenomena.

Seperti mana teguhnya karya-karya yang dilantunkan vokalis ini, begitu juga namanya menjadi item penting industri hiburan tanah air. Kini empayar Amy Search sudah meluas sehingga menyelusup jauh ke dalam hati banyak pencintanya.

Amy dan  isterinya Norhasniza Hassan atau Nourish berkahwin pada 2003 dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi.

Penyanyi rock tanah air yang popular dengan tagline ‘pewiiit’ turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu pelakon serba boleh Nabila Huda, hasil perkahwinan pertama dengan Faridah Fadzil dan Irisha Myra, hasil perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Menerusi akaun Instagram, Amy berkongsi gambarnya bersama anaknya Sania Samara bersama nukilan seorang ayah yang didedikasikan terhadap seorang anak.

Namun begitu, netizen tidak dapat memberi komen di entri berkenaan kerana Amy telah menutup ruangan itu. Baca perkongsian Amy di bawah :

” Nti satu hari kamu pnya pilihan apa yg kamu inginkn dlm hidup mu dn aku cuma nasihati yg terbaik. Ada kala kamu bisa cuba sesuatu bkn dlm keinginan mu sbagai tangga ke impian mu.. “

” Ingat kejayaan daddy ats berkat doa ayah dn emak. Bila dh berjaya jgn sombong dn mendabik dada. Sepatah org tua ckp di balas dgn seribu patah yg penuh dgn kesombongan.. “

” Jgn sesekali di caci kaum keluarga mu dn jgn kamu lupa di saat kamu kesulitan keluarga mu lah akn berada di sisi mu dn aku berada paling di depan utk melindungi mu.. “

” Tpi jgn lah hnya di saat kesulitan bersama keluarga bila senang kamu tinggalkn keluarga mu.. “

” Jika kamu lupa semua ini mana mungkin kamu mndpt keberkatan dri Allah swt Kita tidak punya apa2 tnpa doa ibu dn ayah.. “

” Moga menjdi anak yg berjaya dunia dn akhirat. Moga Allah sentiasa melindungi mu. AmeenYRA #amysearch #saniasamarasuhaimi.. “

 

View this post on Instagram

 

Nti satu hari kamu pnya pilihan apa yg kamu inginkn dlm hidup mu dn aku cuma nasihati yg terbaik. Ada kala kamu bisa cuba sesuatu bkn dlm keinginan mu sbagai tangga ke impian mu. Ingat kejayaan daddy ats berkat doa ayah dn emak. Bila dh berjaya jgn sombong dn mendabik dada. Sepatah org tua ckp di balas dgn seribu patah yg penuh dgn kesombongan. Jgn sesekali di caci kaum keluarga mu dn jgn kamu lupa di saat kamu kesulitan keluarga mu lah akn berada di sisi mu dn aku berada paling di depan utk melindungi mu tpi jgn lah hnya di saat kesulitan bersama keluarga bila senang kamu tinggalkn keluarga mu. Jika kamu lupa semua ini mana mungkin kamu mndpt keberkatan dri Allah swt Kita tidak punya apa2 tnpa doa ibu dn ayah. Moga menjdi anak yg berjaya dunia dn akhirat. Moga Allah sentiasa melindungi mu. AmeenYRA🙏 #amysearch #saniasamarasuhaimi

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

Memetik laporan daripada Harian Metro pada 16 Ogos 2018 yang lalu, Nabila Huda meluahkan rasa rindu kepada ayahnya. Menurut Nabila pada ketika itu, sudah 3 tahun dia tidak bertemu dengan ayahnya.

“ Saya rasa anda semua tahu bagaimana hubungan saya dengan papa (Amy). Tolong doakan satu hari nanti, keadaan ini akan menjadi baik.. ” – katanya.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram, Nabila memuatnaik gambar Amy mencium pipinya dan juga video mereka berduet menyanyikan lagu yang bertajuk ” Tiada Lagi.. “.

Malah caption yang dimuatnaik juga boleh membuatkan sesiapa sahaja merasa sayu dan sebak. Rata-rata peminat beranggapan Nabila sangat merindui ayahnya itu.

” No matter what happens.. Some memories can never be replaced.. “

 

View this post on Instagram

 

No matter what happens..Some memories can never be replaced.💕

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

” Biar ku simpan semua kenangan ku, bersamamu.. “

 

View this post on Instagram

 

Biar ku simpan semua kenangan ku,bersamamu..❤️

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Antara komen-komen peminat dan rakan artis :

” Sebakkk… Stay strong @kupu_kupu.. May Allah ease everything… “

” Be storg abil.. i feel u.. u always be @aku.amysearch little girl.. “

” Stay strong @kupu_kupu Touchingg…tiada lagi yg ku harapkan tiada lagi yg ku impikan.biarku simpan semua kenangan ku bersamamu.. “

” No matter what happens.. father’s love will stay permanently.. “

” Kak abil …. pergi je jumpa ayah kak abil… jumpa pluk dia ckp kt dia rinduu sgt.. “

” Mcmna kuat pn kita psti prasaan rindu tu akn dtg… i feel u… be strong Abil.. “

” Of course…. kawan bole cari.. ayah dan ibu tkde ganti dan tk bole d beli.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan masalah antara mereka dapat diselesaikan dengan cara baik. Hubungan anak beranak tetap tidak akan put0s sampai bila-bila. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka.

(Kredit foto : Utusan Malaysia)

Silakan SHARE…

Sumber : IG Amy Search, Nabila Huda, Harian Metro by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report c0pyright..