Ini Kenyataan Eksklusif Ernisha Dan Fazreen Berkaitan Kes Video Kontroversi Yang Viral Baru-Baru Ini !!

Ini Kenyataan Eksklusif Ernisha Dan Fazreen Berkaitan Kes Video Kontroversi Yang Viral Baru-Baru Ini !!

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penyebaran video di kelab pemenang Dewi Remaja 2018 / 2019, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan atau lebih dikenali dengan nama Haneesya Hanee.

Selepas melakukan siasatan secara mendalam, pihak pengurusan mendapati Hanee telah melanggar syarat penyertaan Dewi Remaja seperti yang dinyatakan dalam kontrak yang mereka tandatangani iaitu tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak sen0n0h di khalayak ramai.

Ekoran daripada isu dan kontroversi itu, gelaran Dewi Remaja yang disandang oleh Hanee ditarik semula. Ini merupakan kes kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja selama 10 edisi ia dianjurkan.

Haneesya Hanee bersama dua lagi finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019 yang turut ada dalam video yang viral itu iaitu Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.

Ernisha

Fazreen

Hanee telah hadir menyerahkan kembali semua hadiah yang dimenangi kepada pihak pengurusan dalam satu sidang media khas yang dianjurkan. Namun begitu, netizen mempersoalkan kenapa Fazreen dan juga Ernisha tiada di sidang media berkenaan.

Yang terbaru menerusi akaun Instagram, Majalah Remaja berkongsi video kenyataan yang dibuat oleh Ernisha dan Fazreen berkaitan kes video yang tular itu.

” Exclusive kenyataan Ernisha & Fazreen berhubung kes video Viral Dewi Remaja baru-baru ini.. “

” Setiap orang tidak lari dari melakukan kesilapan. Bagi mereka peluang untuk memperbaiki diri.. “

Antara komen-komen netizen :

” Dah dah la tu.. minta maaf pun salah.. korang ingat korang tuhan ke? Sekarang ni dosa dorang diantara diri diorang sendiri and tuhan. Kita sibuk judge orang dosa pahala sendiri tak terjaga.. “

” Dewi remaja mungkin boleh buat banyak sesi saringan lagi pasni untuk kesan true personality ataupun fake depan camera je. Honestly, ingin mengucapkan maaf? Then, mintak maaf sebab langgar kontrak? Kalau xde kontrack then okay ke perbuatan tu. Dan, apa sebenarnya dewi remaja ni nak tonjolkan ye. Adakah beauty semata mata?.. “

” Takpe. Semua org buat kesalahan. Bukan senang mohon maaf secara terbuka. Didoakan semoga kedua2 nya menjadi lebih baik. Dan kite semua netizen2 ni pun semoga jd lebih baik lah.. “

” Minta maaf dan mengaku salah sebab langgar kontrak dewi remaja je.. tak fikir salahdah langgar kontrak dengan allah. hmm dunia… “

” Bkn mntak maaf.. bertaubat la.. sebab ko dh buat benda haram.. “

” Dalam dunia kau melanggar kontrak. Dalam dunia jugak kau melanggar apa yang telah diharamkan untuk umat islam dari melakukannya. Tak lupa juga perlu memohon kemaafaan dan taubat pada yang maha esa. Allah maha pengampun. Semoga berjaya dunia akhirat. Saya pun insan dan hamba yang banyak melakukan dosa kecil dan besar tapi sebagai saudara SEislam perlu mengingatkannya antara satu sama lain.. “

Yang baik jadikan pengajaran, apa yang tidak baik jadikan sebagai sempadan. Semoga mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Majalah Remaja by Berita Kopak / Ciungwanara