” Kesian abah Dato, punya anak kaya raya tapi baju buruk dan tak cantik langsung. Anak bergaya bukan main lagi. Aduiiii “

” Kesian abah Dato, punya anak kaya raya tapi baju buruk dan tak cantik langsung. Anak bergaya bukan main lagi. Aduiiii ” – Dikecam Netizen, TAK SANGKA Ini Respon Datuk Aliff Syukri

Nama pengasas produk kosmetik popular Datuk Aliff Syukri tidak perlu diperkenalkan lagi. Kini selain memasarkan produk kosmetik, Datuk Aliff turut meluaskan perniagaannya kepada beberapa cabang yang lain seperti restoren, perabot, resort dan banyak lagi.

Walaupun sering dilanda kontroversi, namun begitu nama Datuk Aliff terus gah dan mekar dan selalu disebut-sebut di media sosial. Malah ramai yang ingin berguru dengannya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Menerusi akaun Instagram Datuk Aliff Syukri memuatnaik beberapa komen netizen yang mempertikaikan pakaian ayahnya iaitu Haji Kamarzaman. Netizen mengatakan baju yang dipakai oleh ayah Datuk Aliff buruk dan tidak cantik serta selalu pakai baju yang sama.

” Ada jeee kesalahan yg korang perasan.. “

Tak lama selepas itu, Datuk Aliff memuatnaik video bersama dengan ayahnya. Menurut ayah Datuk Aliff, dia berkunjung ke rumah anaknya itu untuk melawat cucu-cucu.

Melalui video berkenaan, Datuk Aliff menghadiahkan ayahnya jam tangan dan telefon bimbit yang mahal serta memberi duit belanja.

Sikap ayah Datuk Aliff yang ‘low profile’, sangat bersederhana orangnya menambat hati netizen. Walaupun begitu, Haji Kamarzaman sangat menghargai hadiah yang diberikan oleh anaknya itu.

Baca perkongsi Datuk Aliff dan tonton video di bawah :

Kepada anda yg komen abah saya pakai baju sama atau buruk.. x akan saya nak citer satu2 brp helai baju yg saya dah beli kan utk abah saya.. “

” Cukuplah sy tau sy dah laksanakan tanggungjawab saya.. itu antara saya dgn abah saya.. “

Antara komen-komen netizen :

” Tak pe la dato. Yang penting dato ja tahu apa yang sebetulnya. Ayah dato sorang yg sederhana. Dia bukan ayah yang bermegah dengan kemewahan anak dia. Dia bersyukur asal anak dia berjaya.ayah sya pun macam ayah dato dia suka pakai. Baju sama ja. Dia kata lebih selesa begitu.. “

” Ayah sya pn jenis pakai baju sama je klu pegi mne2 .. tp pesen ayah sye klu ade baju bru mmg baju tu jela die akn pakai klu nk pegi mne2 .. baju lain tanak pakai dh .. “

” Abah dato low profile. Mana nak pakai grand2. Biasa2 saja.. “

” Orang tua ni mmg suke pakai baju favourite die…beli la baju yg Mahal mne.. drg ad cita rase sdri.. bkn mcm anak mude.. “

” Sesetengah org tua die tak suka ikot gaya terkini… dah belikan pon dieorang mesti pakai kejap je pastu dah tak… bukn dieorg x bersyukur or hargai..tapi dorang lebih selesa dgn pakaian tersendiri.. “

” Ya Allah.. org tua mmg camtu.. bju yg dia suka tu yg di pkai selalu.. kain pelekat pn sama.. cuci pgi tghri kering jer terus pkai lgi.. mcm bdak2 juga.. bju yg dia suka tula yg dia asik pkai jer.. pantang bru kering jemur terus pkai.. pdhal mmg byk pakaian diorg ada.. atas pengelaman sendiri .. Dato abaikan jer netizen yg membawang ni.. diorg ni kdg2 sajer nk bgi panaskan ig Dato.. “

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Aliff Syukri by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report c0pyright..