” Minta maaf kat mak Qayyum dan semua sebab saya tak jaga Qayyum dengan baik.. “

” Minta maaf kat mak Qayyum dan semua sebab saya tak jaga Qayyum dengan baik dan bukan mak yang baik untuk dia. Saya yakin dia akan lebih bahgia dengan mak dia nanti.. ” – Kongsi Video Qayyum, Datin Shahida Buat Ramai Yang Sebak !!

Ramai yang mengikuti kisah anak angkat kepada pasangan pengasas produk kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida yang bernama Qayyum.

Menurut Datuk Aliff dan Datin Shahida, ibu kepada Qayyum atau nama penuhnya, Qayyum Aliffshah ingin mengambil semula anak kandungnya daripada jagaan mereka.

Menerusi entri di Instagram sebelum ini, Datuk Aliff dan Datin Shahida memberi gambaran mereka akhirnya terpaksa akur dengan permintaan daripada ibu kandung Qayyum.

Yang terbaru menerusi akaun Instagram juga, Datin Shahida memuatnaik sedutan video kenangan bersama Qayyum. Menurut Datin Shahida, dia dan Datuk Aliff ada merakamkan satu lagu selawat khas untuk anak-anak mereka.

Tetapi untuk masa sekarang ini, lagu ini ditujukan khas untuk Qayyum. Perkongsian sedutan video yang dimuatnaik oleh Datin Shahida ini membuatkan ramai yang sebak sehingga mengalirkan air mata.

” Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy….. Belum siap lagi…. nanti dah siap kita letak kat Youtube … nanti dah besar boleh tengok balik… “

” Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun ….. lagu selawat…….saya just suka2 je utk anak2 saya dgr…. “

” Tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum… semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia… “

” Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia… saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti.. “

” Jangan kutuuk2 ya kat sini… nanti kalau kutuuk2 saya turn off komen.. “

 

View this post on Instagram

 

Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik😍😍… . Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun …..lagu selawat…….saya just suka2 je utk anak2 saya dgr….tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum…semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia… . Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia…saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti.. . P/S: Jangan kutuk2 ya kat sini…nanti kalau kutuk2 saya turn off komen

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Rata-rata netizen turut bersedih menonton video ini. Antara komen-komen netizen :

” Cam mana la nasib qayyum nanti.. harap maknya jaga baik cm mak ayah angkatnya.. mak qayyum ni mmg bur0k siku tol la.. dh bg amik blik.. kesian budak tu.. mesti dia nangis je nanti kan .. ye la dr kecik org lain jaga.ni dh kenal org.. dpt bygkn cm mana… aduuh sebaknya.. aku plk yg nangis bucu tilam ni… “

” Hati seorang ibu yg suci ikhlas memelihara dgn penuh ksh dyg. Walau bkn anak kandung tetap berbekas juga rasa pilu utk berpisah dgn bayi yg ditatang sejak lahir. Bertabahlah Datin. Ada hikmahnya takdir Ilahi. Redhalah Dia sebaik2 perancang.. “

” Sebaknya tgok video ni.. yg tengok sedih apatah lg yg menjaganya.. semoga tabah dan dipermudahkan segalanya.. amin.. “

” Semoga Datin tabah dan doa kan yg baik baik buat Qayum bile bsar nanti mjadi ank yg baik dan mengingati Datin sbgi ibu yg pernah menjaga nya dgn baik. Pasti ada hikmahnya disbalik apa yg berlaku yg pasti Datin seorang ibu yg kuat dan baik.. “

” Ya Allah… sedihnye… harap sgt Dato dgn Datin yg jage Qayyum.. klau ibu qayyum amik jage qayyum harap datin sentiase amik tahu perkembangan ank tu.. sebaknyee.. “

” Segala nya Allah dah atur dgn sebaik baik nya…. Berlapang Dada utk elak Kan stress Dan perg4duhan… apa yang terjadi pasti ada hikmah Dan Allah Akan ganti dengan rezeki yang lebih baik insya Allah.. “

” Apsal mengalir air mata plak nie… Semoga yom baik2 aje dgn mak kandungnye dan harap dapat tgk lg yom kt ig mama abah dia.. “

Sama-sama kita doakan semoga Qayyum sentiasa diperlihara oleh Allah walau di mana dia berada. Semoga membesar dengan sihat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Datin Shahida / Baby Terlajak Laris by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report c0pyright..