Dari jauh nampak seperti lubang pelu ru, tetapi sebenarnya haiwan ini yang membuatnya untuk menyimpan makanan

Dari jauh nampak seperti lubang pelu ru, tetapi sebenarnya haiwan ini yang membuatnya untuk menyimpan makanan

Dari jauh, pokok itu kelihatan seperti ia dipenuhi dengan pelu ru tetapi apabila dia semakin dekat untuk menyiasat, ianya kelihatan berbeza. Lubang-lubang pelu ru yang dia lihat ternyata diisi dengan acorns (sejenis kacang seperti yang dikejar tupar dalam animasi Ice Age)!

Apa yang membuat pokok kelihatan begitu pelik?

Yang membuatnya adalah si burung belatuk burung belatuk!

Burung belatuk ini menggerudi lubang ke dalam pokok lumbung untuk menyimpan acorns di dalamnya

Setiap pokok akan mempunyai kira-kira 50,000 lubang di dalamnya dan setiap tahun mereka akan mengumpulkan beribu-ribu acorns ke dalam lubang khas ini

Rupa-rupanya, burung-burung ini tidak menggerudi lubang dan mengisinya dengan acorns tanpa sebarang tujuan

Makanan tersebut sebenarnya membantu mereka untuk melalui musim sejuk di mana sumber makanan menjadi terhad

Selain itu, mereka hanya menjadikan pokok kering sahaja di mana acorn mereka tidak akan reput dan kekal kering sehingga musim sejuk.

Ada manusia yang baik hati mengutip acorns di bawah pokok dan meletakkan ianya ke dalam lubang yang di gali oleh burung untuk menolong burung tersebut di samping menjadikan pokok lebih kuat.

Dapat dilihat lubang-lubang itu telah dipenuhi dengan acorns

Oleh itu, jika anda melihat pokok yang dipenuhi dengan lubang, ingatlah untuk tidak mencabut acorns keluar dari lubang. Burung ini telah bekerja sangat keras untuk mengumpul dan menyimpannya dalam lubang!

Tonton VIDEO Burung Tersebut Di Bawah

Terima Kasih Kerana Membaca.Silakan SHARE Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Terjemahan oleh Berita Kopak / Ciungwanara

Sumber : Youtube