Wanita Ini Kelihatan Begitu Sukar Untuk Meletakkan Keretanya, Tetapi Tindakan Beberapa Lelaki Yang Mentertawakannya Mendapat Kecaman Ramai Orang….

Wanita Ini Kelihatan Begitu Sukar Untuk Meletakkan Keretanya, Tetapi Tindakan Beberapa Lelaki Yang Mentertawakannya Mendapat Kecaman Ramai Orang….

Pada zaman moden ini, dilihat ramai wanita boleh memandu kereta dengan baik. Mereka kelihatan begitu cekap memandu di jalanraya ataupun lebuhraya. Tetapi tidak dinafikan, kebanyakkan wanita yang memandu sangat takut untuk meletakkan kereta di tempat ‘parking’ lebih-lebih lagi jika tempat meletakkan kereta itu yang jenis memanjang lurus.

Seperti sebuah video yang menjadi viral di media sosial, seorang wanta yang cuba untuk meletakkan keretanya kelihatannya begitu sukar dan mengambil masa yang begitu lama sehinggakan mendapat reaksi yang tidak diduga dari orang yang melihatnya.

Apa yang lebih malang, dia disorak dan ditertawakan oleh beberapa orang lelaki yang melihat aksinya. Sambil merakam aksi tersebut, mereka begitu seronok melihat gaya wanita tersebut cuba untuk meletakkan kenderaannya.

Mereka bersorak sambil menjerit ‘woman driver!, woman driver!

Wanita ini kelihatan begitu sukar untuk meletakkan keretanya, tetapi apa yang lebih malang dia ditertawakan oleh beberapa orang.

Akhirnya datang seorang lelaki untuk membantunya, tetapi tetap kelihatan sukar.

Lihat keretanya yang begitu rapat dengan kereta yang berada didepannya.

Akhirnya beliau berjaya meletakkan keretanya dengan betul.

Walaupun ianya sesuatu yang melucukan, tetapi mereka yang mentertawakannya adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana menunjukkan mereka adalah orang tidak prihatin.

Kemungkinan wanita tersebut berada dalam kecemasan dan mengejar masa, mereka seharusnya membantunya dan tidak mentertawakannya.

Tonton VIDEO Penuh Wanita Susah untuk Parking Di Bawah :

Apa Pendapat Anda?

Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini. Silakan SHARE Ya!

Article by Berita Kopak / Ciungwanara