” Ya Allah sedihnya. Alahai tak sampai hati nak tengok… “

” Ya Allah sedihnya. Alahai tak sampai hati nak tengok… ” – Datuk Aliff Syukri Kongsi Video Saat-Saat Terakhir Bersama Qayyum Buat Ramai Yang Menangis !!

Ramai yang mengikuti kisah anak angkat kepada pasangan pengasas produk kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida yang bernama Qayyum ini.

Menurut Datuk Aliff dan Datin Shahida, ibu kepada Qayyum atau nama penuhnya, Qayyum Aliffshah ingin mengambil semula anak kandungnya daripada jagaan mereka.

Menerusi entri di Instagram sebelum ini, Datuk Aliff dan Datin Shahida memberi gambaran mereka akhirnya terpaksa akur dengan permintaan daripada ibu kandung Qayyum.

Yang terbaru menerusi akaun Instagram juga, Datuk Aliff Syukri memaklumkan Qayyum akan balik ke pangkuan keluarga kandungnya pada hari Jumaat ini.

Datuk Aliff turut berkongsi video saat-saat terakhir bersama Qayyum. Mata Datuk Aliff turut kelihatan berkaca menahan sebak.

Perkongsian ini membuatkan ramai yang sebak dan mengalirkan air mata. Aduiii.. siapa pula yang p0t0ng bawang ni ?

Baca perkongsian Datuk Aliff dan tonton video di bawah :

” Saat2 terakhir bersama yom.. gara2 nitezen membesarkan vedio tunjal sampai jadi ke tahap ni. bukan nak share kesedihan tpi kami redha… “

” Lagu ini kami buat saja suka2 utk smua anak2 kami… lagu utk anak2 nyanyi bila dia besar untuk diingat anak cucu.. “

” Tetapi saya hadiahkan khas utk yom jumaat ni dia nak balik dah berbagai kenangan selama dia dlm perut lagi kami dah jaga… kami berikan nama lagu ni Selawat tidurlah anakku.. “

” Semoga yom ingat bila dah besar nanti.. jumaat ni boleh tngok di youtube saya tvterlajaklaris.. “

Rata-rata netizen rasa sebak menonton video ini. Antara komen-komen netizen :

” Ya Allah sedihnya…. yom macam tau dia x nak pisah dengan dato tu… alahai x sampai hati nak tengok… “

” Very touched @aliffsyukriterlajaklaris .. saya turut menangis bile lihat muke dato nak nangiss ..Allahhh semogaaa Dato dan kluarga Allah SWT akn merahmati dunia dan akhirat.. “

” Apepun keputusan nya buat qoyyum semoga itulah yang terbaik buat nya.. “

” Allahuakbar moga semua dipermudahkan Allah & diberi ketabahan buat family Dato’ & Datin.. “

” Sumpah.. Menitis airmata tgok quyum bpisah gan dato gan datin.. “

” Sedih nya, semoga qayyum mendapat kebahagiaan sepenuhnya aminn.. “

Semoga Datuk Aliff dan Datin Shahida serta keluarga tabah dengan ujian Allah ini. Walaupun Allah hanya pinjamkan Qayyum selama satu tahun lebih, pastinya kenangan bersama Qayyum akan diingati sampai bila-bila.

Kami di Berita Kopak mendoakan Qayyum membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat. Semoga Allah perlihara dan lindungi Qayyum walau di mana dia berada. Aminn…

Silakan SHARE…

Sumber : IG Datin Shahida / Baby Terlajak Laris by Berita Kopak / Ciungwanara

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CIUNGWANARA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, kami akan report c0pyright..