Ditemuramah wartawan asing, pelumba basikal ini ‘selamber’ cakkak Omputeh slang Tganu!

Setiap negeri mempunyai dialek percakapan yang tersendiri, sehingga ia seolah menjadi identiti dan sebati dalam diri seseorang.

Dialek negeri Kelantan, Terengganu, dan Kedah adalah antara dialek negeri yang mudah dikenalpasti apabila seseorang itu bercakap.

Baru-baru ini, telah tular sebuah video wawancara seorang wartawan asing kepada seorang pelumba basikal negeri Terengganu. Temuramah yang dijalankan dalam bahasa Inggeris telah dijawab oleh lelaki ini dalam balasan dialek Terengganu-Inggeris telah menarik perhatian ramai.

Tganu kite!

Confident tu penting! Salute!

Muat naik video ini telah mula tular di laman sosial, rata-rata mereka memuji keyakinan yang dimiliki pelumba basikal ini yang mewakili Malaysia dalam pelumbaan di Le’ Tour De’ Langkawi.

Pelumba basikal yang dikenali sebagai Mohd Hariff Salleh, merupakan pelumba kebangsaan yang mewakili pasukan Terengganu.

Hentam jelah!

Menerusi laman Instagram, Hariff Salleh juga telah memuat naik video tersebut dengan kapsyen,

“hentam sajalah  ..bila wartawan suruh cakap org putih.. beginilah jadinya..”

Kemah boh!

Walaupun menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut dengan dialek Terengganu-Inggeris, namun setiap jawapan yang diberikan oleh Hariff Salleh adalah tepat.

Keyakinan dan kebanggaan menuturkan bahasa Inggeris dalam bunyi dialek Terengganu telah dipuji ramai pengguna laman sosial.

Kemah sek kite!

Konfient level tinggi! Proud

Ucapan fans Malaysia, terus dia cakap Melayu

Sumber : Jarr