Padah rakam rotan anak, Aliff Syukri bakal berdepan dakwaan mendera kanak2?

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal Dato Seri Aliff Syukri telah mengundang perhatian ramai apabila telah memuat naik video mendakwa telah merotan anak perempuannya, Qadejah kerana membuka tudung kepada lelaki bukan muhrim.

Perkara tersebut telah mencetuskan perdebatan dan kecaman hebat daripada netizen, sehingga sebuah badan NGO telah membuat laporan polis terhadap tindakan CEO D’herbs itu.

Rotan anak kerana buka tudung

Itu penderaan fizikal…

Badan NGO yang dikenali sebagai Protect and Save The Child merupakan ahli gabungan hak kanak-kanak Malaysia, telah membuat laporan polis pada Selasa lepas di Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya.

Menurut mereka, tindakan yang dilakukan oleh Dato Seri Aliff Syukri boleh diklasifikasikan sebagai penderaan fizikal kanak-kanak.

Dalam kenyataan pihak ini, mereka terkesan dengan perbuatan figura itu terhadap anak perempuannya.

“Aliff Syukri mendakwa di media sosial bahawa dia telah merotan anak perempuannya yang berusia 9 tahun kerana membuka tudung di hadapan lelaki tidak dikenali. Dia secara umumnya telah memalukan anaknya dengan rakaman video menyapu ubat di belakang anaknya untuk ditonton kira-kira 3.1 juta pengikutnya.”

Qadeejah, 9 tahun

“Perbuatan merotan anak perempuannya merupakan penderaan fizikal dan satu kesalahan seksyen 31 di bawah akta kanak-kanak dan keganasan rumah tangga.” 

CCRM juga turut menggesa Jabatan Kebajikan Masyarakat dan PDRM mengambil tindakan segera dan tulus terhadap kejadian ini.

Jaga anak awak, jangan sibuk hal anak saya!

Selepas dikecam teruk pengguna laman sosial, Dato Seri Aliff Syukri telah memuat naik satu video penjelasan terhadap kejadian tersebut.

Dalam video tersebut, usahawan itu yang memangku anaknya telah meminta orang ramai tidak masuk campur dalam urusan keluarganya.

View this post on Instagram

jaga anak awak dulu x payah sebuk hal anak saya.. . . saya ni mmg lah mulut laser kuat membebel tapi saya ni x bodoh tau sy syg anak sy sendiri…sy buat mesti ada sebab…jaga anak perempuan zaman skrg kena lebih takut tngok keadaan semasa……dalam mendidik anak saya ada cara saya..kadang2 pelik la org yg sibuk cara kita didik anak…saya ni dah la jahil…jahat…..bukan orang baik,sekolah pun bodoh…takkan saya nak anak saya ikut perangai buruk saya….saya nak anak yg terbaik.. . klau lah korang nak tau mak saya jauh lebih garang… Dulu mak saya ni pukul sgn getah paip, pijak,lepang, semua ckup pakej… sbb tu sy jadi sampai hari ni menghargai erti kehidupan… orang2 dulu ni mmg didik anak ada cara mereka,saya pilih didik anak cara lama,yg nak ikut zaman terpulang la…..sebab esok2 kalau anak saya tak elok saya juga yg dipersalahkan bukan korang..😅 sila komen dibawah pandangan korang jaga anak pulak…

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sumber : MStar , Aliff Syukri