Tular teringin minum milo, lori datang buat kejutan untuk wanita hamil ini!

Kisah mengenai seorang ibu hamil, Natasya Rose Nizam yang mengidam untuk menikmati minuman lori milo menjadi tular di laman media sosial semalam.

Lebih terharu apabila ibu mentuanya sanggup ‘mengejar’ lori itu sehingga terpaksa berhenti di tepi jalan bagi mendapatkan minuman berkenaan.

Walau bagaimanapun, malang apabila milo di dalam lori tersebut masih belum dibancuh dan wanita yang sedang sarat hamil lapan bulan itu terpaksa menyimpan keinginannya.

Apa kesudahannya?

Terbaru, pihak Milo Malaysia melakukan kejutan apabila membawa lori minuman mereka ke rumah wanita terbabit untuk menikmati bersama anak-anak yatim.

“Semoga kemurahan hatinya membawa berkat buat dia sekeluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan..

“Selamat menimang cahaya mata kepada pasangan ini,” tulis pihak Milo Malaysia di laman Twitter rasmi mereka.

Seronoknya dapat Milo!

Lori yang dinanti2 selama ini

Milo bekalkan tenaga!

Siap dapat cenderahati!

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Natasya apabila akhirnya dia dapat melepaskan keinginan untuk menikmati minuman kegemaran ramai itu.

Hidup milo!

Bestnya!

Gempak habis!

Boleh jadi duta produk milo ni!

Sumber : Milo Malaysia