Tular video murid lari lawan arah, guru tampil dedah kisah sebenar!

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan gelagat seorang murid perempuan menyertai acara larian namun berlawanan arah berbanding peserta lain.

Murid tahun satu tersebut, Aishah Long@Rudy berjaya mencuit hati orang ramai ketika menyertai acara larian 4×50 meter di Sekolah Kebangsaa (SK) Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak.

Tonton video penuh :

Aaaadikkkkkkkk kenapa kau salah jalan 😂

Posted by Oh My Media on Sunday, April 28, 2019

Menerusi laporan mStar Online, Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran sekolah itu, Megat Asrul Megat Mohamed Yusof berkata, Aishah sebenarnya tidak terlibat dalam acara sukan berkenaan.

Menurut Megat Asrul, murid yang juga anak Orang Asal Temiar itu sepatutnya menyertai acara sukaneka yang disediakan untuk murid tahun satu.

“Nama dia sebenarnya tiada dalam senarai untuk acara itu. Dia menggantikan tempat kawan dia demam, tak datang sekolah.

“Sebelum tu dia masuk acara sukaneka. Bila acara sukaneka memang lari ulang alik dan tak lama selepas itu bermulalah acara 4x50m.

“Kebetulan tahun satu bercampur dengan murid tahun dua. Aishah pula pertama kali sertai sukan sekolah, lepas tu kena menggantikan kawan pula, mungkin timbul kekeliruan,” katanya.

Tambah Megat Asrul, dia dan guru lain tidak menyangka anak kedua daripada dua beradik itu akan berbuat demikian.

“Kebetulan dia pelari ketiga. Kami semua pun tak sangka dia ambil tindakan macam tu. Tapi kalau anda tengok video tu murid rumah kuning dan rumah biru ada cikgu yang tunjuk ajar.

“Murid rumah merah mungkin cikgu dia terlepas pandang sebab cikgu pun tak ramai, sekolah kecil. Jadi yang ada di padang cuma dalam sembilan cikgu.

“Memang budak tahun satu di sini kurang fasih berbahasa Melayu kerana bahasa utama mereka bahasa Temiar. Jadi cikgu tak boleh biarkan mereka, kalau tak mereka tak faham arahan,” ujarnya.

Namun larian bersemangat Aishah itu terpaksa dibatalkan kerana kesilapan berkenaan walaupun telah sampai ke garisan penamat.

Sumber : mStar Online