Mulut biadap! Cakap telefon sambil memandu, ini punca pemandu wanita ditampar

Masih belum reda lagi, berkenaan isu lelaki menampar seorang wanita gara2 tidak memberi tanda isyarat ketika menukar lorong. Pada mulanya,  mencetuskan amarah akibat daripada tindakan lelaki itu mengasari pemandu wanita tersebut.

Namun, kini makin ramai pula yang hilang rasa simpati terhadap wanita terbabit, kerana kesalahan yg dilakukan itu membahayakan nyawal orang lain.

Kaulah bodoh,kaulah gila…

Menurut laporan media, difahamkam wanita terbabit telah menggunakan kata-kata kesat terhadap lelaki itu. Berang dengan sikap biadapnya, kerana itulah lelaki terbabit bertindak kasar.

“Kaulah bodoh, kaulah gila!” difahamkan begitula kata-kata yang keluar daripada mulut wanita tersebut selepas lelaki terbabit menghentakkan helmet ke keretanya.

Terpaksa kejar suruh berhenti

Bercakap kepada media, isteri kepada lelaki terbabit, Faridah Mohd Yatim, menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada suaminya sebelum kejadian tampar menampar itu berlaku.

Menurut Faridah, selepas menyebabkan motosikal suaminya hampir terbabas, pemandu wanita berkenaan bertindak melarikan diri sebelum suaminnya serta rakan-rakan mengejar kenderaan itu sehingga dia berhenti.

Pandu sambil cakap telefon…

Tambahnya lagi, suaminya memberitahu bahawa pemandu wanita tersebut meggunakan telefon bimbit semasa memandu yang menyebabkan lelaki itu bertambah berang.

Suami tiada rekod jenayah…

Malah difahamkan suaminya tidak mempunyai rekod jenayah, catatan rekod itu adalah berdasarkan pemilik asal motosikal tersebut.

Malah, sepanjang perkahwinan mereka, dia adalah seorang bapa penyayang dan tidak pernah sekalipun menaikkan tangan kepada isteri dan anak-anak.

Sumber : mStar