“6 tahun turun naik hospital” – Noh Hujan kongsi usaha isteri untuk dapat zuriat

Meskipun usia perkahwinan sudah memasuki lapan tahun, penyanyi Noh Salleh dan isterinya Mizz Nina tidak berputus asa dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

Menerusi perkongsian Zayan di laman Youtube, vokalis kumpulan Hujan itu berkongsi kisah sepanjang menemani isterinya bagi melakukan teknik rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Menurut Noh, mereka tidak mencuba ketika tahun pertama perkahwinan sebaliknya mula melakukan rawatan apabila memasuki usia dua tahun.

“Enam tahun turun naik hospital, IVF cucuk perut dia. Aku kesian tengok dia, hormon dia tak settle, tiba-tiba dia emosi.

“Ya Alllah all sampai sekarang aku kesian. Nak buat IVF kena ambil telur tu kan, benda tu sakit aku pernah tengok dia mengerang sakit.

“Kesakitan yang bergegar menahan perut dia sak1t. Baru minggu lepas. Aku macam Ya Allah. Ni untuk Allah dia cakap, saya nak ada anak kerana sunnah untuk mempunyai anak.

“Cemburu juga tengok kawan-kawan ada anak. Dugaan tengok kawan-kawan kahwin, satu dulu macam seronok juga kahwin kan.

“Rupanya lepas kahwin dia bagi anak pula, tengok AG bawa anak dekat stage. Kau tak sentap? Aku rasa macam seronok bila tengok.

“Mungkin Tuhan tengok kita tak bersedia lagi aku rasa. Pendapatan pun tak stabil, sibuk nak besarkan anak orang,”

Tonton video penuh :

Sumber : Zayan MY