“Eee rasa nak gigit2 je pipi tu..” – Umie Aida ‘buli’ anak Betty, pipi gebu disamakan dengan popia

Kalau tengok sahaja bayi berbadan gempal, pipi yang melayu-layut pasti membuatkan ramai yang geram, lebih lucu lagi ada yang menyamakan bayi-bayi ‘chubby’ ini dengan kuih pau dan sebagainya.

Gelagat comel bayi memang sentiasa berjaya menghiburkan hati sesiapa sahaja, senyuman mereka sahaja sudah cukup menawan hati ditambah pula dengan gelak tawa yang riang.

Macam popia la pipi Wira…

Baru-baru ini menerusi muat naik video di Instagram pelakon Datin Paduka Umie Aida, memaparkan aksinya mengusik anak buahnya Wira yang merupakan anak kepada adiknya, Betty Rahmat.

Disebabkan Wira memiliki pipi yang temban, pelakon filem dukun secara berjenaka menyamakan pipi bayi itu dengan kuih popia sambil tangannya memulas-mulas pipi gebu anak buahnya itu.

Muka Wira redho jerr…

Sejak Betty mendedahkan wajah Wira di media sosial, memang ramai yang sudah mula jatuh sayang melihat kecomelan anaknya bermata sepet, berkulit putih dan gebu itu.

Dua2 nampak sedap ni…

Malah ruangan komen juga dipenuhi dengan komen, tidak tahan melihat kecomelan Wira anak kepada pasangan Bettt Rahmat dan suaminya Ardy Shafiq.

Bammbamm geram!

Boleh la kunyah2 tuu

Dua2 nampak sedap!

Mampan pipi Wira, geram jer dia dengan auntie Umie

Kesian budak tu sakit pipi dia

Sumber : Umie Aida