Tak kedekut rezeki, MUA Bellaz belanja barang2 dapur bagi penduduk kampung

Kedatangan bulan Ramadan amat dinantikan oleh setiap umat Islam. Mereka berpusu-pusu untuk melakukan amal jariah kerana banyak ganjaran dan pahala yang dijanjikan Allah SWT.

Begitu juga dengan Make-Up Artist (MUA), Bellaz yang berhasrat ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama pelajar tahfiz dan pengikutnya di Alor Setar, Kedah.

Niat murni itu dikongsikan di laman Facebook miliknya, Make up by Bellaz sehari sebelum berpuasa.

Esok bermulalah puasa kita selama sebulan insyallah..ya Allah bestnyaaa..Dibulan yg mulia ini insyallah bellaz nak…

Posted by Make up by Bellaz on Saturday, May 4, 2019

“Di bulan mulia ini InsyAllah Bellaz nak buat berbuka puasa bersama anak2 tahfiz dan followers seramai 100 org yang bertuah di Menara Alor Setar,” tulisnya.

Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini juga ingin membelanjakan sejumlah wang bagi membeli barang keperluan dapur untuk golongan kurang bernasib baik.

“Bellaz akan berkongsi rezeki barang2 keperluan dapur untuk penduduk kampung di Tanjung Dawai & Alor Setar macam sebelum2 ni Bellaz buat setiap tahun,” katanya.

Rata-rata mengakui wanita berusia 27 tahun itu seorang yang pemurah hati dan berharap agar Bellaz dan keluarganya dimurahkan rezeki.

Semoga dipermudahkan niat baik itu

Alhamdulillah! Setiap tahun kongsi rezeki

Bestnya dapat buka puasa dengan sis!

Semoga terus dimurahkan rezeki

Sumber : MUA Bellaz