Sakit bongkok, atuk 89 tahun ini masih cekal solat terawih 20 rakaat demi mengejar redha Allah

Ibadah paling dinanti umat Islam selain daripada berpuasa adalah, solat sunat terawih, walaupun tidak diwajibkan namun ia amat digalakan dalam agama.

Solat sunat terawih hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja, dilaksanakan dalam 8 atau 20 rakaat untuk satu malam selepas solat Isyak dan boleh dibuat secara berjemaah atau bersendirian.

Usia 89 tahun, gigih solat terawih 20 rakaat

Boleh dikatakan ramai daripada kita menunaikan solat sunat terawih 8 rakaat, mungkin kerana pelbagai faktor, kalau diperhatikan hanya beberapa saf sahaja yang masih meneruskan solat sehingga 20 rakaat.

Namun, menerusi perkongsian di Facebook dengan nama akaun, Muhammad Hassan, telah berkongsi mengenai pengalamannya menyaksikan sekujur tubuh tua berusia 89 tahun masih gigih menunaikan solat terawih 20 rakaat.

Alami Osteoporosis (bongkok)

Menurut Muhammad Hassan, dia jelas kagum dengan kecekalan warga emas tersebut yang masih mampu menunaikan ibadah terawih sehingga 20 rakaat tanpa menggunakan alat bantuan, walaupun mengalami sakit Osteoporosis (bongkok).

Baca Al-Quran tak guna cermin mata…

Tambah Muhammad Hassan, dia bertambah kagum apabila melihat atok tersebut tidak menggunakan cermin mata ketika membaca Al-Quran dan masih boleh mengingati segala hukum tajwid dalam usia begitu.

Ia menambahkan keyakinan pemuda itu, bahawa usia bukanlah penentu aras ibadah seseorang, semua pokok pangkal daripada iman yang terbit dalam jiwa.

Pernah dimasukan ke hospital beberapa kali

Difahamkan, kata Muhammad Hassan, atuk ini pernah kerap kali ditahan di hospital dan dia sendiri pernah beberapa kali melawatnya.

Tambahnya, setiap kali berjumpa atuk ini tidak pernah kedekut ilmu dan selalu membentulkan bacaan Al-Quran apabila ditanyakan.

Malu saya sebagai orang muda

Melihat kecekalan warga emas ini dalam memburu redha Allah, telah membuat ramai jiwa tersentuh dan terinspirasi untuk melaksanakan ibadah dengan lebih jitu.

Semoga atuk ini terus sihat

Hebat peribad orang pencinta kalam Allah

Rasa malu dalam jiwa ini, sedang warga emas masih kuat melaksanakan ibadah sedangkan tenaga mereka sudah tidak sekuat mana, namun kita yang masih muda ini seribu alasan diberi dalam soal ibadah.

Sumber : Muhammad Hassan