Simpati lihat ‘abang posmen’ gigih hantar barang waktu Maghrib, tuan rumah jemput berbuka sekali

Menggalas tugas sebagai penghantar barang bukanlah suatu yang mudah kerana mereka harus menghantar segala barangan yang dipesan oleh pelanggan tepat pada masanya.

Jika diperhatikan, pengorbanan seorang yang bergelar ‘abang posmen’ adalah sangat besar kerana mereka sanggup meredah ke pelusuk lokasi, bagi memastikan barang tersebut selamat sampai ke tangan penerima dengan pantas dan cepat.

Begitulah yang dikongsikan oleh saudara Noorhashim Mohamad menerusi satu page di Facebook apabila seorang individu telah menjemput 2 orang penghantar barang Pos Laju untuk berbuka sekali memandangkan sudah masuk waktu Maghrib.

Diorang overtime (OT)…sibuk sangat

Perkongsian itu meraih lebih 8 ribu tanda suka oleh palayar Facebook yang rata-rata turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib 2 orang penhantar barang Pos Laju selain memuji sikap mulia individu yang menjemput mereka berbuka sekali.

Pos Malaysia nampak tak betapa gigihnya anak buah korang

Allahu…mulianya hati tuan rumah

Semoga yang membeli & menerima selamat dunia akhirat

Sumber : Noorhashim Mohamad