“Macam kenal je, yang tengah memasak tu?” – Peminat terkejut jumpa Abam Bocey berniaga di bazar Ramadan

Kebiasaannya apabila tibanya bulan Ramadan, kebanyakan para selebriti akan mengambil kesempatan untuk menumpukan perhatian kepada ibadah ataupun menjalankan perniagaan.

Begitulah yang dilakukan oleh pelawak popular, Abam Bocey yang berniaga Kuey Teow, Mi goreng, dan Bihun goreng di bazar Ramadan Batu 8 Jalan Gombak.

Kehadiran pelawak itu yang menjalankan berniaga Char Kuey Teow, telah menarik perhatian ramai apabila Abam sendiri telah memasak sendiri juadah tersebut.

Power ke tak Abam goreng tu?

Abam yang sedang menantikan kelahiran anak pertamanya, sebelum ini pernah memuat naik status di Instagram, memberitahu bahawa dia tidak sabar menantikan cahaya mata pertama.

Terbaiklah Abam, tak segan nak berniaga!

Rata-ratanya ramai yang memuji sikap Abam Bocey yang tidak segan untuk berniaga di bazar Ramadan, dan turun padang untuk memasak sendiri hidangan juadah yang dijual.

Mereka mengagumi tindakan dan sikap Abam yang ceria melayani pelanggan, apabila ramai yang  telah memuat naik gambar terserempak dengan Abam yang berniaga di bazar Gombak.

Terbaiklah Abam!

Sumber : Abam Bocey