Isteri tak dapat bagi zuriat, suami cur4ng ‘check in’ hotel dengan gadis lain

Sekiranya diimbas kembali pada tahun ini, banyak kisah masalah rumah tangga yang ‘bagai nyawa di hujung tanduk’ dikongsi sehingga tular di laman media sosial akibat kehadiran orang ketiga.

Terbaru, seorang wanita mengalami nasib sama apabila suaminya bertindak curang dengan seorang gadis setelah mendirikan rumah tangga selama empat tahun.

Menerusi laman Facebook miliknya, Nur Nrhffalsml mendedahkan kecurangan suaminya, Shafiq Atan yang kini mempunyai hubungan dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Moyy.

Kau kata dah bosan, tak bagi kau anak…

Isteri kau pun kau tak peluk erat macam ni!

Lebih menyakitkan hati wanita berasal dari Pulau Pinang itu apabila gadis tersebut seolah-olah berbangga dapat memiliki suaminya dengan memberi kenyataan di laman Instagram.

Kalau suami orang pun, apa masalah?

Bukan itu sahaja, Nur Nrhffalsml juga dicabar gadis tersebut untuk menularkan kisah mereka walaupun cuba untuk menyimpan aib suaminya dan menyelesaikan masalah dengan cara baik.

Dia makin banyak muat naik video dengan suami

Tabahnya seorang wanita apabila suami dirampas orang ketiga! Harap mereka dapat melakukan perbincangan dan diselesaikan dengan cara sebaiknya.

Sumber : Nur Nrhffalsml