“Tegur suruh solat…” – Diperlakukan dengan biadap, pakcik ini masih sudi maafkan si pembuli

Hari ini emosi netizen agak terganggu dengan satu video yang tular melibatkan sekumpulan remaja tergamak membuli dan mengasari seorang warga emas.

Aksi membuli itu telah dirakam sendiri oleh salah seorang daripada mereka, sebelum video tersebut tular di media sosial sehingga ke pengetahuan orang kampung dan keluarga mangsa.

Difahamkan, kesemua remaja terbabit telah dibawa berjumpa dengan mangsa untuk meminta maaf, oleh keluarga masing-masing.

Saya maafkan mereka…

Bercakap kepada media, mangsa Mohd Mudakir Abdul Wahid, 59, telah pun memaafkan perbuatan remaja yang membulinya, waalaupun apa yang dilakukan oleh mereka sangat melampau dan biadap.

Jelasnya, dia tidak menjangka kejadian itu telah mendapat perhatian ramai dan terkejut melihat sekumpulan remaja tersebut datang bersama orang kampung ke rumah, untuk memohon maaf atas kelakuan mereka terhadapnya.

“Saya sudah memaafkan mereka yang dianggap seperti cucu sendiri dan tidak sesekali menyimpan dendam…”

Cuma mahu tegur suruh solat…

Menceritakan semula insiden buli tersebut, mangsa yang juga seorang kariah masjid telah terserempak dengan sekumpulan remaja tersebut dan bertindak menegur mereka supaya menunaikan solat.

Menurut, ahli keluarga mangsa, Hairuzaman, 47, sejujur sangat kecewa dengan perbuatan remaja terbabit, berharap perkara seperti tidak lagi berlaku dan diambil sebagai pengajaran supaya mereka lebih menghormati orang tua.

Pakcik Mudakir, yang merupakan golong Orang Kelainan Upaya (OKU), menghadapi masalah lembam selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1985.

Walau bagaimanapun, dia tidak menyimpan dendam atau mengambil tindakan undang-undang kerana, kesemua remaja tersebut disifatkan sebagai masih lagi belum matang.

Sumber : Harian Metro