Budak rempit hutang ‘member’, punca gambar mesra dengan Aliff Aziz tersebar?

Pagi tadi, industri hiburan sekali lagi dikejutkan dengan dakwaan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berlaku curang untuk kali keempat terhadap isterinya Bella Astillah. Selepas tersebar gambarnya bersama seorang remaja perempuan di Instagram, akaun kedua-dua individu tersebut teruk dihujani dengan komen-komen negatif daripada netizen.

Ada yang sengaja buka aib?

Selang beberapa jam setelah tular gambar mereka berdua, remaja perempuan yang dikaitkan dengan Aliff atau dikenali sebagai Nismell itu telah memuat naik satu IG story seakan menyalahkan seseorang diatas penularan gambar tersebut.

Kawan baik dan tak baik ke?

Menerusi kenyataan tersebut, Nismell telah meletakkan tag kepada satu akuan Instagram yang dikenali sebagai @manjaaaaaa. di IG story. Akaun tersebut juga dipercayai adalah kenalan baiknya yang dilihat pernah bergambar bersama.

Gaduh sebab hutang?

Menurut kenyataan Nismell lagi, perbalahan mereka mungkin berkaitan dengan hutang. Hal tersebut membuatkan remaja perempuan yang dikenali sebagai manjaaaaaa memuat naik kembali gambar mesra temannya di Instagram serta beberapa screenshot status sahabat-sahabat yang lain.

Belum ada kenyataan rasmi

Namun begitu, setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak berhubung perkara kontroversi tersebut.

Pagi tadi, gambar Aliff Aziz tidak berbaju sambil bergambar mesra dengan seorang gadis bawah umur dilihat tular sehingga mengundang pelbagai spekulasi baru.

 

 

Sumber : Nismellmanjaaaaaa