“Tak berbaloi bertahan…” – Kes curang! Netizen minta Bella berhenti seksa diri, lepaskan Aliff

Lumrah kehidupan pasangan suami isteri pasti diselangi dengan pelbagai dugaan dan ujian, ada yang mampu bertahan namun ada yang berhenti di pertengahan jalan, dek kerana tidak sanggup menanggung derita emosi.

Curang adalah antara punca yang membawa kepada pergolakan rumah tangga, lazimnya yang menjadi mangsa adalah sang isteri yang terpaksa berdepan dengan sikap tidak setia si suami.

Begitu jugalah dengan kisah penyanyi Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah, selepas beberapa siri kecurangan Aliff terbongkar, penyanyi tersebut bagaikan tidak serik dan masih melakukan kesilapan yang sama.

Sudah masuk kali-4 curang!

Walaupun masalah rumah tangganya masih lagi belum menemui jalan penyelesaian, selepas kes curang bersama seorang pelakon, Aliff menggemparkan media sekali lagi dengan foto mesra bersama seorang gadis remaja berusia 17 tahun.

Berita tersebut membuatkan semakin ramai berasa tidak berpuas hati dengan kelakuan penyanyi tersebut, disifatkan seperti suami yang tidak tahu menghargai hati seorang isteri.

You deserve someone better

Sebelum ini, Bella telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan bercerai dengan suaminya, kerana di dalam keluarganya tiada lagi yang melalui fasa bercerai.

Selepas tularnya foto tersebut, netizen telah memenuhi ruangan komen di Instagram Bella untuk meluahkan rasa simpati mereka kepadanya, malah ramai menasihati agar dia memikir semula keputusannya untuk tidak bercerai dengan Aliff.

Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali Bella!

Menurut mereka, sudah tiba masanya untuk Bella memikirkkan mengenai perasaan dan maruahnya sebagai isteri, kerana dia berhak untuk mendapatkan kebahagiaannya sendiri.

Fikirlah pasal diri sendiri pula..

Dah la Bella jangan tunggu lagi..

Bebaskan diri dari suami macam tu

Hati you buat dari apa? Tolong jangan bagi peluang

Move on la Bella berhenti korbankan hati…

Setakat ini, masih tiada lagi maklum balas daripada Bella mengenai foto mesra suaminya yang sudah mula tular di media sosial. Semoga, Bella dan Aliff dapat menemui jalan penyelesaian yang terbaik buat diri mereka dan anak.

Sumber : Bella Astillah