Ainul Mardhiah dah buat pasport, sedia berangkat ke UK untuk rawatan

Kisah Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi perempuan berusia lapan bulan yang mengalami ketumbuhan di bahagian mulut meruntun hati bagi individu yang melihatnya.

Terbaru, Ainul kini dalam proses mendapatkan pasport antarabangsa, sebagai persediaan untuk ke London bagi menjalani rawatan di sana.

Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, bapa kepada Ainul mengesahkan sepasukan tiga pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya, bertemu keluarganya semalam.

Pasport dijangka siap hari ini atau esok 

“Tarikh ke London belum ada, namun doktor Amalina (Dr Nur Amalina Che Bakri) meminta kami persiapkan segala keperluan untuk ke sana termasuk pasport dan lain-lain.

“Bagi kos rawatan, saya rasa sumbangan derma orang ramai banyak membantu dan dijangka mencukupi, walaupun kos sebenar rawatan di sana belum dipastikan,” kata Ahmad Safiuddin.

Ahmad Safiuddin yang amat berterima kasih kepada semua pihak termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang datang bertemu dan membantu urusan pasport anaknya.

Rata-rata netizen juga turut mendoakan agar segala urusan bayi itu dipermudahkan selain berterima kasih kepada anggota JIM.

Moga dipermudahkan utusan adik Ainul…

Terima kasih juga buat JIM

Sumber : Harian Metro Norwati Majudi