“Kami ni dah biasa dengan perkara ini cuma netizen yang lebih-lebih” Ayah Aliff Aziz

Semalam kecoh satu Malaysia apabila satu foto Aliff Aziz dengan seorang gadis tersebar di media sosial.

Boleh dikatakan kebanyakan netizen memandang serius perkara itu kerana ianya bukan sekali dua dilakukan oleh Aliff terhadap isterinya Bella, tetapi banyak kali.

Namun begitu, lain pula respon yang diberikan oleh kaum keluarga terdekat Aliff sendiri di mana bapanya, Aziz Sapdan menjelaskan keluarga mereka menerima dengan tenang tentang berita anaknya itu.

Menerusi laporan Utusan Online, Aziz berkata dia dan isteri, Siti Hafiza Sheikh Mohamad masih belum bertemu Aliff namun mendoakan yang terbaik buat rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.

“Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okey sahaja cuma warganet sahaja yang lebih-lebih, kami tak ada apa-apa pun.

Menurutnya, mereka dah biasa melalui perkara ini dan okey saja, baginya netizen saja yang melebih-lebih.

“Perkara ini sudah banyak kali berlaku, kami dah biasa,” luahnya.

Tambahnya lagi, ibu Aliff tidak jawab panggilan telefon daripada sesiapa pun kerana bimbang disoal berkenaan perangai anaknya itu.

Azizi juga hanya mampu mendoakan yang terbaik buat ALiff dan isterinya itu.

“Hari ini Ibu Aliff tak jawab panggilan sesiapa, dia stres di rumah. Apa pun yang berlaku selepas ini, saya harap yang terbaik untuk Aliff. Kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga,”katanya lagi.

Sebelum ini Bella sudah mengeluarkan kenyataan di laman Instagram miliknya di mana dia akan teruskan kehidupan bersama anaknya.

Bella juga memohon orang ramai terutama peminatnya tidak lagi Dm ataupun meninggalkan mesej buatnya dan memberikan ruang.

Reaksi waraganet:

“Ya pakcik.. Kami memang berlebihan sebab Pakcik org Islam.. Bnda2 mcm ni sangat2 dimungkari oleh Tuhan kalian.. Melainkan Pakcik tu dah murtad, boleh lah nak kata macam tu.. Tapi ehh.. Kami yg non muslim ni pun, takde nak bangga klau anak buat hal, org bodoh piang je bangga and tenang bila anak kotorkn muka pakcik dgn najis..”

“Alhamdulillah..nasib dah azan..boleh aku komen jap…patot la alif xdop prubahan..rupenye macamgini sosial kluarga dye..pakcik,bio buta mata,tp jgn buta hati skli…sakit ooo disebat esk2….x brani plk nk komen lebih2..aku pom ade ank,ade laki..tp kalau dh ank prangai mcm malaun,siap kau aku sebat ngn getah paip..”

“at least pakcik doakan ank pakcik dpt hidayah. jgn ckp dh biasa dgn perangai dia yg mnyondol sane sini tu. pakcik tgok x drama kamar kamariah aritu? nnt2 ank pakcik jd cm murad tu ha.. kne spilis baru ade akai.”

Apa kata anda? Sila kongsikan bersama kami

sumber: yoynetwork