Photo Terbaru Aliff Satar Tepuk Dahi Dan Ini Sebabnya

Terbaru Aliff Satar memuatnaik photo sambil menutup muka seakan “alamak aku pulak yang kena” dan mendapat perhatian rakan-rakan artis seperti Aeril Zafrel.Sherry Al Hadad.

Walaubagaimanapun mereka menasihati Aliff Satar supaya bersabar mungkin keliru tentang nama yang hampir serupa.

“ORANG lain buat hal, orang lain pula dapat busuk,” kata pengurus, Alif Satar iaitu Adlina Abu Bakar apabila terdapat segelintir netizen yang mengaitkan penyanyi itu dengan kontroversi melanda penyanyi dan pelakon Aliff Aziz hari ini.

Adlina, 36, berkata ruangan komen Instagram Alif dihujani pertanyaan malah ada yang keliru hingga ‘menyerang’ tanpa usul periksa.

Menurutnya, ia bukan kali pertama terjadi kepada Alif kerana sebelum ini penyanyi dan pengacara itu juga pernah menanggung malu atas masalah sama yang ditimbulkan Aliff Aziz.

“Setiap kali Aliff Aziz buat hal, mesti nama Alif Satar yang naik. Netizen pula tanpa usul periksa pergi komen dan serang di Instagram. Kedua-dua mereka banyak perbezaan. Kenapa masih ramai keliru?.

“Macam kes hari ini, sekali lagi Alif kena. Sedangkan dia sedang bekerja di Brisbane, Australia yang turut disertai isterinya, Sha Dila. Tolong jangan ganggu dia.

“Cukuplah dua tahun lalu Alif memberi kenyataan bagi menjelaskan kekeliruan netizen dan peminat. Takkan dia kena buat perkara sama lagi?,” katanya kepada Harian Metro.

Adlina berkata, setiap kali isu sama dibangkitkan pihaknya akan dihujani pertanyaan daripada klien.

“Saya tidak mahu perkara ini menjejaskan nama dan reputasi Alif terutama dalam kalangan klien yang bekerjasama dengannya. Jenuh nak menjawab satu persatu.

“Apa pun, saya berharap semua pihak jelas mengenai perkara ini. Alif Satar kini berada di luar negara bersama isteri tercinta. Kedua-dua Alif ini juga berbeza,” katanya.

Sementara itu, Alif yang dihubungi dengan ringkas berkata, dia mahu peminat jangan cepat membuat andaian sendiri.

“Saya ingat sudah tidak ada perkara ini, nampaknya ia berulang lagi. Kekeliruan yang timbul memang kelakar.

“Saya harap netizen lebih peka dan tidak mengeluarkan kata-kata keterlaluan di Instagram saya,” katanya.

Antara Komen Artis yang prihatin pada Alff Satar

Sian Sabarje laaa

Sumber : IG Aliff Satar