Rekaan baju Melayu Avengers, galakkan si pemakai rajin solat

Hampir dua minggu kita berpuasa, pastinya kini ramai yang sudah mula memikirkan mengenai busana apa yang mahu dikenakan sempena hari raya yang bakal tiba.

Kalau dilihat busana untuk wanita memang pelbagai jenis rekaan ada, tetapi kalau untuk lelaki rekaannya sangat terhad, oleh itu ada yang suka untuk melakukan kelainan, tetapi terkadang itu sehingga berlebihan dan kelihatan pelik.

Antara salah satu rekaan yang pernah tular adalah, adalah baju Melayu keluaran pelakon Erry Putra, yang pernah tular kerana rekaannya bercirikan pakaian mesra breastfeeding sesuai untuk ibu menyusu.

Baju Melayu Avengers…

Mungkin kini jarang kita lihat dramatis Erry Putra muncul di kaca televisyeng, ini kerana pelakon yang sinonim dengan watak antagonis itu sedang giat menjalankan perniagaan pakaian.

Masih mengekalkan inovasi dalam rekaannya, untuk tahun ini Erry kembali lagi dengan satu gaya unik yang baru, iaitu baju Melayu tema Avengers mesra solat.

Ada mafla di belakang? Macam superhero

Jika dilihat sekali pandang, hanyalah sekadar baju Melayu biasa, tetapi sebenarnya di bahagia belakang Erry meletakkan keunikan dengan memasang mafla sehingga kelihatan seperti kostum adiwira.

Bukan sekadar fesyen, boleh buat sejadah

Namun, sebenarnya mafla tersebut bukanlah sekadar eksesori tetapi ia juga berfungsi digunakan sebagai sejadah, jadi boleh dibawa kemana sahaja disamping memudahkan urusan untuk bersolat.

Boleh jadi Superman!

Selepas memuat naik rekaan tersebut, nampak ada juga yang menunjukkan minat untuk mendapatkan baju Melayu rekaan Erry Putra ini.

Mana nak beli ni?

Boleh jadi tudung untuk bini juga…

Ingatkan macam Avengers Thor tadi…

Memang lain daripada yang lain, apa-apa pun setiap orang ada citarasa yang berbeza, mungkin fesyen ini boleh menjadi inspirasi buat sesiapa yang sedang mencari rekaan baju Melayu yang unik.

Sumber : Erry Putra