Anak sulung hebat diuji, bapa luah sokongan buat Bella Astillah

Kemelut yang berlaku dalam rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya menemui noktah apabila mereka sah bercerai petang tadi di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Sah bercerai dengan Aliff Aziz

Bella Astillah telah memaklumkan bahawa dia dan Aliff sudah pun berpisah menerusi Instagramnya selepas segala urusan di mahkamah selesai.

Kekecewaan terhadap suaminya nyata tidak dapat dibendung lagi apabila Aliff berlaku curang berkali-kali terhadap dirinya walaupun sudah mempunyai seorang zuriat berusia 2 tahun.

Susah senang hanya keluarga yang tahu

Sedar akan derita yang ditanggung oleh Bella, bapa Bella iaitu Agastillah telah memuat naik kata-kata semangat kepada anak sulungnya dalam menghadapi dugaan mencabar ini.

“Ayah doakan anak ayah baik2 sahaja biarla orang nak cakap apa kakak masih ada kelurga yang selalu d belakang kakak…” – Ujarnya.


Keluarga adalah nombor satu

Menerusi muat naik tersebut juga, para kenalan dan juga teman rapat keluarga Bella Astillah turut mendoakan agar wanita itu sentiasa kuat dan bersabar dalam menghadapi dugaan tersebut.

Kami tak putus doakan Bella

 Jangan layan komen2 negatif…

Semoga Allah mengetahui niat Bella

Sumber: Agastillah